Promosi - Menangi Percutian di Hilton Kuala Lumpur - Glam Malaysia

Promosi – Menangi Percutian di Hilton Kuala Lumpur

 

 

Hilton Kuala Lumpur

 

Percutian 3 hari 2 malam di Hilton Kuala Lumpur untuk dua orang berserta sarapan pagi bernilai RM2,500 

 

Hotel berkonsepkan gaya hidup mewah, Hilton Kuala Lumpur menawarkan ruang penginapan jenis bilik dan suite yang menarik dan lengkap, diperhebat dengan seleksi gastronomi hebat daripada hidangan restoran dan kafe tersedia, ruang spa bergaya elegan dengan servis terbaik, dan ruang acara yang gah di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur – KL Sentral. Bangunan hotel setinggi 35 tingkat, berlokasi strategik bersebelahan pusat membeli-belah Nu Sentral, menjadikan Hilton Kuala Lumpur hadir dengan tarikan tersendiri.

 

Pemenang Anugerah Haute Grandeur Global Hotel 2017 untuk Spa Kecantikan Terbaik & Destinasi SpaTerbaik, Spa & Gim, Hilton Kuala Lumpur tersedia dengan dekorasi ruang penginapan yang luas, selesa dan ambien mewah dengan binaan tingkap kaca yang mengundang panorama indah ibu kota.  Dilengkapi 10 buah restoran dan bar, jaringan perhubungan berhawa dingin ke Stesen KL Sentral, mengangkat nama Hilton Kuala Lumpur untuk diiktirat TripAdvisor Travelers’ Choice 2017.

See also
Bicara Dekorasi bersama Zaznuriah Zahir, Zhreka Sdn Bhd

 

Bulan ini, GLAM Deko dan Hilton Kuala Lumpur menawarkan promosi istimewa untuk para pembaca dengan menyertai pertandingan yang dianjurkan melalui laman instagram @glamdekomy. Pastikan anda telah menekan butang follow di akaun kami! Ikuti langkah-langkah berikut:

 

  1. Repost gambar ini di akaun Instagram anda dengan menggunakan hashtag #glamdekogiveaway, tag orang yang ingin anda bawa ke Hilton Kuala Lumpur dan beritahu kami mengapa anda ingin membawanya bersama.
  2. Ikuti (follow) GLAM DEKO di Instagram @glamdekomy
  3. Tag #hiltonkualalumpur dan @glamdekomy
  4. Pemenang bertuah akan dipilih secara rawak dan akan dimaklumkan menerusi e-mel pada 5 April 2019.

 

Terma & Syarat Penyertaan:

  • Promosi ini akan tamat pada  11.59pm, 31 Mac 2019 (tertakluk pada perubahan). Para pemenang akan diumumkan pada 5 April 2019 (tertakluk pada perubahan).
  • Hanya post yang dilakukan pada sepanjang tempoh promosi dikira sah.
  • Pemenang akan dihubungi melalui mesej terus Instagram (Instagram Direct Message).
  • Pemenang perlu hadir sendiri ke pejabat Blu Inc Media Sdn Bhd untuk tuntutan hadiah.
  • Anda harus mengikuti setiap langkah yang telah ditetapkan bagi melayakkan penyertaan buat promosi ini.
  • Kegagalan menghubungi pemenang dalam masa seminggu dari tempoh pemberitahuan menjadikannya terbatal.
  • Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh sebulan dari tarikh pengumuman pemenang dikira tidak sah.
  • Blu Inc Media Sdn Bhd tidak akan melayan sebarang aduan tentang hadiah selepas ianya menjadi hak milik pemenang.
  • Blu Inc Media Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kerosakkan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami oleh peserta yang ingin terlibat dalam promosi ini.
See also
Libur - Percutian Hujung Minggu Lost World of Tambun, Ipoh