GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

ANZALNA NASIR

Nur Anzalna Md Nasir atau lebih dikenali sebagai Anzalna Nasir adalah seorang pelakon dan model di Malaysia. Wanita kelahiran Pulau Pinang dan mempunyai diploma Bahasa Perancis dari Launceston Collage di Australia ini merupakan seorang yang berkacukan darah Melayu, Cina, Punjabi dan Bugis ini merupakan anak kedua daripada lima adik beradik. Dengan penyertaan Dewi Remaja pada tahun 2009-2010, beliau mula dikenali ramai dan kemudiannya telah melibatkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 2011.