GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

DEBBIE GOH

Goh Seok Sim juga dikenali sebagai Debie Goh merupakan seorang pelakon filem dan televisyen di Malaysia. Debbie yang merupakan bekas ratu cantik Miss Malaysia Chinese International pada tahun 1998 memilih pereka fesyen tempatan pilihannya iaitu Khoon Hooi dan Melinda Looi. Gadis kelahiran Johor ini juga meletakkan rekaan Alexander Wang sebagai sesuatu yang melambangkan dirinya.