10 Soalan Bersama Datuk Normaziah Sheikh Mohamed

10 Soalan Bersama Datuk Normaziah Sheikh Mohamed

Datuk Normaziah Sheikh Mohamed
 
Memegang Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Megapadu, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed bukan calang-calang wanita. Kebijaksanaannya menguasai dunia perniagaan yang didominasi kaum lelaki nyata dikagumi.
 
1. Quote kegemaran?
Life goes on! Bangun setiap pagi dan apa yang bakal berlaku kelak is what I make of it.
 
2. Bagaimana hari anda bermula?
Seawal jam enam pagi. Solat, bersarapan bersama keluarga dan bekerja. Seharian sibuk dengan urusan di pejabat tetapi paling dinantikan adalah pulang untuk makan bersama anak-anak.
 
3. Perjalanan hidup yang sama dengan filem?
Semestinya Magic Beyond Words nukilan J.K. Rowling. Kami banyak persamaan iaitu kerelaan dan kesungguhan untuk terus bertahan dan berusaha keras.
 
4. Era fesyen kegemaran?
The millennium fashion era of the 90’s. Suai padan kot era 30-an bersama celana berpotongan lurus 80-an. Overall, I am into tailored suits and just about anything in the current era.
 
5. Cinta teragung…
Ibu saya! Sikap sabar dan sokongan yang diberikannya menjadi tunjang kejayaan saya sehingga sekarang. Kasih ibu adalah cinta terhebat.
 
6. Tiga filem kegemaran?
Titanic, Magic Beyond Words, Salt.
 
7. Siapakah tetamu idaman yang ingin anda jemput untuk makan malam yang diidamkan?
Queen Elizabeth. Her class and elegance would bring my dinner party to a whole new level!
 
8. Inspirasi?
Pengalaman hidup dan pendidikan kerana knowledge is power.
 
9. Hero anda?
Anak-anak sebagai penyelamat di saat suka dan duka. They are my true heroes.
 
10. Insan yang dikagumi?
Datuk Maznah Hamid. Saya kagumi keyakinan dan dedikasinya.
 
 

See also
Lima Pulau Peribadi Wajib Kunjungi