Kylie Jenner Membongkar Rahsia Sumpahan Kardashian

Kylie Jenner Akhirnya Membongkar Kisah Sebalik Sumpahan Kardashian

1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dipilih untuk menghiasi muka depan majalah GQ US isu Ogos, Kylie Jenner diajukan persoalan yang sering menjadi topik perbualan ramai yakni “Kardashian Curse.” Kylie menerangkan bahawa dia dan adik-beradiknya yang lain dibesarkan dibawah tumpuan lensa dunia dan mereka sudah biasa dengan keadaan itu. Namun lain ceritanya bagi pasangan yang mereka ingin kongsikan kebahagiaan bersama. Kylie juga menambah “Itulah kenyataannya. Mereka datang dan mereka tidak boleh menerimanya.”

 

“Ia melibatkan semua yang berada di sekeliling kami dan mereka tidak biasa dengan tumpuan yang diberikan. Dan kami hanya mampu berfikir, “Oh, perkara ini akan berlalu selepas sehari.” Saya juga sedar teori-teori ini tidak penting pun, jadi kami enggan membenarkan ia memberi kesan kepada kami? Saya juga rasa anda betul. Tetapi bukan untuk lelaki dalam hidup kami sahaja–teman-teman, individu yang masuk ke dalam kehidupan kami dan tidak tahu bagaiman untuk mengendalikan situasi tersebut. Ia menjadi sesuatu yang negatif. Kami menerima kasih dan sayang daripada ramai orang, tetapi masih ada juga yang tidak suka pada kami.”

See also
Ada Apa Dengan SPF?

 

Dengan itu, GLAM himpunkan individu-individu yang pernah menjalinkan hubungan dengan keluarga Kardashian dan kemudiannya membuat keputusan untuk tidak melibatkan diri dengan keluarga ini kerana populariti mereka yang melampau.