Nama Rumi dan Sir Carter Dibongkar Secara Eksklusif

Nama Anak Kembar Beyoncé Akhirnya Terbongkar

Dengan pelancaran album terbarunya 4:44 dan persediannya untuk konsert jelajah solonya setelah sekian lama, Jay-Z sempat berkongsikan pengalaman hidupnya dengan media ataupun secara eksklusif pada laman streamingnya, Tidal.

 

Contohnya dalam klip khas berjudul Footnotes for 4:44  yang menampilkan nama-nama besar seperti Will Smith, Mahershala Ali, Kendrick Lamar, dan ramai lagi, Jay-Z dan lelaki-lelaki ini membincangkan isu-isu penting seperti toxic masculinity.

 

Jay-Z juga turut berkongsikan beberapa kebenaran yang tidak pernah didedahkan olehnya atau mana-mana pihak sebelum ini mengenai hubungannya bersama Beyoncé yang pernah dikhabarkan goyah selepas Beyoncé mengeluarkan album yang berunsurkan pengkhianatan dan juga kekecewaan yang melibatkan pihak ketiga.

 

Baru-baru ini, Jay-Z sekali lagi berkongsikan satu lagi informasi penting yang melibatkan anak kembarnya, Sir dan Rumi, yang dilahirkan pada awal musim Panas ini. Maksud nama mereka.

 

Dalam satu podcast bersama Rap Radar Jay-Z menerangkan maksud nama anak perempuannya, Rumi, adalah nama yang diambil daripada penyair kegemarannya dan juga Beyoncé seperti yang telah diteka oleh peminat-peminat mereka.

See also
Pentas Coach Hangat Dengan Kehadiran Emma, Chloe & Ciara

 

“Rumi merupakan penyair kegemaran kami, jadi nama ini adalah untuk anak perempuan kami.”

 

Nama Sir walau bagaimanapun merupakan satu misteri buat peminat dan ramai yang menyangkakan ia merupakan nama timangan sahaja, Namun that’s not what Jay-Z said.

 

Menurut Jay-Z, nama Sir mempunyai kaitan dengan attitude bayi lelaki itu. “Sir was like, man, come out the gate,” ujar rapper itu. “Dia membawa dirinya seperti itu. He just came out, like, Sir.

 

There you have it, people.