#StayHomeWithGD: 20 Tip Rumah Mesra Alam - Glam Malaysia

#StayHomeWithGD: 20 Tip Rumah Mesra Alam

Usaha ke arah menjaga dan memastikan kesejahteraan alam sekitar perlu diteruskan terutama dalam situasi masa kini yang kian mencabar akibat serangan virus Covid-19. Ini penting untuk kesinambungan perjalanan kehidupan tidak terganggu di masa hadapan. Di saat arahan Perintah Kawalan Keselamatan oleh pihak kerajaan, GLAM Deko kongsikan tip dan panduan membentuk konsep kediaman mesra alam. 

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Elemen yang perlu dititikberatkan dalam sesebuah ruang – udara, pencahayaan dan susun atur.

Lima cara membentuk rumah mesra alam:

  1. Penggunaan tenaga – Kira-kira satu pertiga daripada aliran haba dan udara ke dalam rumah  adalah melalui pintu dan tingkap.  Namun elakkan pembaziran tenaga di rumah dengan aplikasi penggunaan sistem – penyejukan dan pemanasan dalam keadaan berlebihan.
  2. Dapur bersih dan mesra alam – Dapur adalah nadi kediaman. Namun ruang ini juga merupakan pusat penggunaan tenaga dan ketidakcekapan penggunaan air. Peti sejuk anda sahaja mencakupi 14 peratus daripada penggunaan tenaga. Penjimatan penggunaan air sinki adalah langkah terbaik untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.
  3. Perabot mesra alam – Pilihlah material perabot seperti sofa, kerusi, katil dan aksesori yang diperbuat daripada bahan kitar semula atau bahan terpakai (seperti kayu atau rotan) untuk mengelakkan penggunaan sumber asli yang semakin berkurangan. Kesannya akan mengakibatkan ruang tidak mesra alam dan mampu menjejaskan udara semulajadi akibat penggunaan yang tidak dikawal.
  4. Kamar Mandi – Kira-kira tiga suku daripada penggunaan air harian berlaku di kamar mandi. Penjimatan air boleh dilakukan dengan aplikasi pancuran mandi aliran rendah untuk membantu memelihara sumber yang berharga ini.
  5. Mimpi hijau – Bilik tidur anda adalah ruang paling personal dan privasi yang bertindak sebagai ruang perlindungan. Bukan sahaja katil dan almari menggunakan sumber asli, tetapi tilam juga menjamin kesihatan anda. Kebanyakan tilam dihasilkan melalui proses menggunakan bahan petrokimia dan gas asli, iaitu sumber yang tidak boleh diperbaharui. Pastikan anda memilih tilam yang bersifat eko dan dihasilkan mengikut piawaian yang ditetapkan untuk pemuliharaan alam semula jadi.
See also
Gucci Melengkapi Rutin Harian