Tiru Trend Kuku Musim Bunga/Panas 2021 - Glam Malaysia

Tiru Trend Kuku Musim Bunga/Panas 2021

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

VIBE CHECK! Mungkin perhiasan dan rekaan kuku kelihatan kecil, tetapi memberi impak dan mood yang besar. GLAM menyenaraikan beberapa trend kuku musim bunga/panas 2021 terbaik

Musim bunga dan panas menyapa semula. Kini tiba masa untuk mengubah penampilan dengan beberapa aksesori atau perincian tambahan. Manikur atau kemasan kuku yang segar adalah cara yang sempurna untuk menambah sedikit “aksesori” pada persalinan gaun petang itu. Walaupun kebiasaannya wanita akan sentiasa menyukai warna merah jambu muda atau warna merah lebih klasik, mungkin kini adalah masa sesuai untuk keluar daripada zon selamat dan mencuba sesuatu yang lebih mencabar untuk manikur seterusnya. Dari perincian bergaya halus hingga reka bentuk yang berani, pasti ada sesuatu untuk semua orang.  Life’s too short for boring nails anyways! Ketahui beberapa tren kuku yang paling bergaya sempena musim bunga dan panas ini dengan GLAM!

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan