Enam Tas Ideal, Tarikan Gaya Musim Baharu - Glam Malaysia

Enam Tas Ideal, Tarikan Gaya Musim Baharu

Pasti rasa nyaman dan mudah, jika tas yang dipakai hari-hari berupaya memuat banyak keperluan penting penting. Dompet, beg makeup, sikat rambut, kunci, gajet, telefon pintar, iPod, dan sebagainya yang perlu dibawa tentunya mengambil ruang yang banyak. Malah, tas akan terasa berat dan mudah rosak. Tetapi, apakah perlu ke semua item tersebut dibawa dan dimuatkan dalam sesuatu tas? 

Hidup sebagai millennial di zaman sekarang menuntut kita untuk menjadi aktif dan praktikal. Kerana apa, muncul sahaja hal atau aktiviti yang perlu dilakukan dalam sesuatu masa  itu. Oleh kerana itu, untuk menunjang kesibukan para wanita, tentu sahaja beg-beg tangan yang ideal terasa nyaman kala beraktiviti. Selain perihal praktikal, aspek desain dan sifat kekinian tas tangan haruslah diutamakan. 

Pilihan tas tangan memang terlalu banyak. Ada desain beg tangan yang sengaja dibuat untuk membebaskan penggunanya dengan tali yang cukup panjang untuk digantungkan pada bahu. Atau disilang pada badan. Desain yang chic pula tentu sahaja menyempurnakan look musim panas anda. Pilihan material juga perlu difokuskan supaya tas yang dibawa tidak tersampir kaku. Lebih bergaya juga ada karakter jika beg yang dibawa bisa mengikuti pergerakan penggunanya. So chic!

See also
Minggu Fesyen Milan: REAL FASHION FOR REAL WOMEN

GLAM cadangkan enam tas ideal untuk melengkapi gerobok musim barumu. 

SALVATORE FERRAGAMO

Ukuran tas Salvatore Ferragamo ini sempurna buat kamu yang punya banyak barang dan mahu menjadikannya sebagai tas harian atau saat berpergian. All in one. Kesan artistik pada beg ini diserlahkan dengan cetakan Tuscan Wildflowers atas permukaan material kanvas.

Jenis tas ini mampu memuat banyak barang dengan ruang yang ditawarkan. Aspek praktikal turut menjadi keutamaan, lihatlah pada cara membawanya. Setelah memasukkan semua barang, kamu boleh membawa tas ini dengan cara menjinjing satu tangan. Atau silang pada bahu untuk gaya yang lebih bersahaja. 

FENDI

Fendi Baguette 1997 yang baharu ternyata beg tangan terhangat musim ini. Terlihat chic pabila dikepit bawah bahu dan dipadukan dengan dress koktel yang cukup menawan. Pertama kali muncul di pentas Fendi untuk musim luruh/sejuk 1997, reka bentuk yang sama dikembalikan untuk menghangatkan stail buat generasi fesyen baharu. Warna bold dengan sematan corak FF Vertigo tentu sahaja menyimbolkan gaya musim panas secara terang-terangan. 

See also
BFF Gigi Hadid dan Kendall Jenner Bersatu Dalam Kempen FENDI

DIOR

Tas Lady Dior can never go wrong. Sempurna dibawa untuk percubaan gaya hujung minggu atau bersantai bersama teman. Sebagai tarikan baharu, balutan multi warna serta motif D-Royaume d’Amour, atau pendekatan yang lebih pop pastinya menampilkan gaya yang segar. Tas ini merupakan taruhan baharu Dior untuk koleksi kapsul DIORAMOUR karya Maria Grazia Chiuri. 

SAINT LAURENT

Rekaan Saint Laurent sering tampil dalam stail yang tak terduga, namun begitu desain bucket ini membentuk rencaman gaya. Bertukar kepada beg bucket mampu menyuntik kesegaran pada penampilan. Bentuknya tampak kukuh dengan desain yang siap melampaui masa. Menggabungkan unsur-unsur klasik Saint Laurent dengan kefungsian nan moden. Warna klasik yang dipadukan dengan tali motif berwarna senada akan membuat penampilanmu musim ini lebih menarik. 

VERSACE

Beg bahu kekal item fesyen terhangat. Reka bentuk beg yang ringkas, namun ada impaknya pabila digantung pada bahu. Warna biru yang bold, menampilkan Medusa pada permukaan beg secara halus mengertikan sesuatu rekaan yang subtle. Ukurannya yang kompak, membolehkan anda menyimpan beberapa barang keperluan sahaja, seperti dompet, telefon bimbit dan kunci. Yang penting ialah tas yang stylish.

See also
Lihat Gaya Santai Zahirah MacWilson Pilihan GLAM

TOD’S

Khusus kembara, beg tangan Tod’s ini menepati kemahuan buat yang bakal berkelana tidak lama lagi. Mudah disandang, materialnya pula lembut.. What’s not to love? Rekaannya yang streamlined, bentuk segi tiga, siluet minima dan ultra-moden-terlalu sempurna untuk kembara sewaktu musim panas nanti. 

Artikel berkaitan: Panthère de Cartier: Keharmonian Seni Dan Teknikal