Model yang terkenal dengan teknik pose hebat Coco Rocha, bakal menyambut kelahiran anak sulungnya pada musim bunga tahun hadapan.
Coco mengumumkan berita baik itu menerusi akaun Instagramnya, “James serta saya dengan perasaan teruja ingin mengumumkan bahawa selepas empat tahun melangkah ke alam perkahwinan, keluarga kami akan berkembang dengan kehadiran anak pertama pada musim bunga 2015!”
Gambar: Coco Rocha
Minggu Fesyen Paris lalu menyaksikan Coco membuat kemunculan di pentas peragaan Jean Paul Gaultier. Dia juga bakal mengeluarkan buku pertamanya “Study of Pose” lewat Oktober nanti.