Pereka duo Kate dan Laura Mulleavy yang merupakan pengasas kepada jenama Rodarte bakal mengarahkan filem pertama mereka bertajuk “Woodshock”. Berita itu dilaporkan oleh Hollywood Reporter.
Filem itu berkisar tentang paranoia yang dialami oleh seorang wanita selepas mengambil dadah. Ianya bakal dilakonkan oleh teman rapat mereka, Kirsten Dunst. Pemilihan aktres itu bukanlah sesuatu yang menghairankan memandangkan hubungan baik yang terjalin sekian lama. Dunst sering tampil dalam persalinan jenama itu serta pernah menghiasi kempen mereka.
Skrip asal filem turut ditulis pereka dua beradik itu dan ianya sudah mula dihasilkan sejak beberapa tahun lalu. Sebelum ini, pengalaman mereka dalam penghasilan filem adalah menerusi rekaan kostum untuk filem Black Swan dan kini dilihat bakal mengikut jejak langkah Tom Ford yang turut dikhabarkan bakal mengarahkan filem kedua.