Donna Karan Undur Diri Dari Donna Karan International

Donna Karan Undur Diri

Oleh: Mujahid Saddam

 

Donna KaranGambar: TPGVIP

 
Pengasas label Donna Karan International (DKI) iaitu Donna Karan akan berundur dari jawatannya sebagai Ketua Pereka bagi menumpukan lebih banyak masa kepada syarikat Urban Zen Foundation miliknya. Namun dia masih kekal sebagai penasihat kepada DKI. Pengumuman itu dibuat Karan bersama label itu.
 
Setelah lebih 30 tahun meneraju label itu, Donna Karan berpendapat ini adalah waktu yang tepat untuknya mengundur diri. Jelasnya, “Setelah befikir secara mendalam, saya serta LVMH mencapai keputusan sepakat. Telah tiba di suatu titik kehidupan di mana saya mahu meluangkan masa untuk memberi komitmen sepenuhnya kepada Urban Zen agar ia mencapai potensi sepenuhnya untuk menjalankan misi amal dengan fokus terhadap penjagaan kesihatan, pendidikan serta pemuliharaan budaya.”
 
Sambungnya lagi, “Donna Karan New York adalah sebahagian dari diri saya, past, present and future. Ianya adalah suatu penghormatan untuk berbicara bersama wanita mengenai Seven Easy Pieces yang selamanya mengubah cara pemakaian wanita. Saya ingin melahirkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekerja yang membantu membawa Donna Karan New York melangkah jauh dari jangkaan saya.”
 
Sementara itu DKI tidak merancang untuk mencari pengganti Karan sebaliknya akan menggantung pentas peragaan serta koleksi dari label Donna Karan Collection untuk sementara waktu. DKI juga akan menyusun semula struktur untuk lebih memberi tumpuan kepada jenama DKNY.
 
 

See also
Visi Gaun Perkahwinan Chiara Ferragni Direalisasikan Oleh Dior