Datin X: Keluarga Berpecah-Belah Angkara Harta

Datin X: Keluarga Berpecah-Belah Angkara Harta

fight6
 
Bercakap pasal adik-beradik berpecah-belah kerana berebutkan harta, perkara sebegini memang tragis untuk dikenang oleh sesiapa sahaja yang pernah mengalaminya. Datin X rasa, pepatah blood is thicker than water sudah tidak boleh diguna pakai lagi.
 
Datin X kenal satu famili ini yang memiliki hubungan yang sungguh erat. Mereka adik beradik punyalah rapat, sampaikan setiap hujung minggu, anak-anak mereka akan saling datang menumpang tidur di rumah untuk slumber party. Tapi sejak ibu meninggal, dengan tak semena, tercetus drama keluarga. Sekarang gate rumah pun sentiasa berkunci ekoran kemarahan si ibu bapa yang tak puas dengan pembahagian harta dikalangan adik-beradik. Anak-anak saudara terseret sama apabila ada yang dikatakan dilarang menemui sepupu sendiri.
 
Kakak sulung ada meluahkan perasaan pada Datin X. “You tahu, my mom baru sahaja beberapa jam meninggal, adik-adik lain sudah sibuk berbincang sesama sendiri mengenai siapa patut dapat apa. Yang bongsu lagilah… jenazah masih lagi ada dalam rumah, dia sudah sibuk menyelongkar kabinet, mengumpulkan barang kemas our mom. Katanya, dia nak chop dulu yang mana disukainya sebelum yang lain ambil. Boleh ke macam tu?”
 
Bila ada yang tak puas hati, mulalah mulut ringan memerli. Kemudian bila ada hati yang terasa, maka drama pun bermula. Sekarang ini, rumah agam yang terletak di pinggir kota milik arwah ibu menjadi rebutan utama. Walhalnya, masa ibu mereka masih bernyawa, pulang sebulan sekali pun belum tentu. Biarkan saja ibu dijagai oleh dua pembantu. Anak-anak kaya raya, boleh bayar berapa sahaja kerana mereka lebih dari mampu. Memang betullah kata orang, anak sepuluh pun belum tentu boleh jaga ibu bapa di waktu tua mereka. Itulah dia, manusia… apabila harta mengaburi mata.
 
 

See also
Cincin Di Jari Dendangan Jamiel Said Menggamit Emosi