Michelle Obama Menambat Hati Khalayak Dengan Gayanya
Beberapa minggu sebelum akhirnya 2016 dan juga waktu Presiden Obama dan keluarganya di White House, FLOTUS (First Lady of The United States) sibuk mengadakan acara-acara terakhir beliau di White House dan selain acara itu sendiri yang menakjubkan, Michelle Obama sekali lagi menarik perhatian pihak umum dan dunia fesyen dengan gayanya yang menawan.
Pada malam parti percutian White House baru-baru ini, Michelle mengenakan sepasang little black dress dengan hiasan bunga rekaan Tanya Taylor.
Michelle sebelum ini sentiasa mengenakan gaun labuh mencecah lantai untuk ke acara-acara sebegini seperti gaun hijau Gucci yang menjadi topik bualan ramai dan juga gaun rose gold oleh Versace yang dipakainya semasa Final State Dinner.
Gaun Gucci.
Gaun Versace.
LBD yang dipakai Michelle itu diselamatkan daripada kelihatan hambar dengan hiasan bunga-bungaan ditepi untuk memberikan sedikit warna kepada gaya Michelle.
Tinggal beberapa bulan sahaja lagi Michelle akan berada di White House dan kami di GLAM menanti-nantikan gayanya yang seterusnya.