Ketua Editor Vogue Italia Franca Sozzani baru sahaja meninggalkan nama dan legasinya setelah tewas bertarung dengan penyakitnya pada usia 66 tahun. GLAM telah memilih dan mengumpulkan muka hadapan dan isu-isu yang diarahkan oleh Franca yang melonjakkan namanya sebagai seorang yang tidak gentar dengan kontroversi dan sentiasa cuba untuk mengetengahkan isu-isu semasa melalui fesyen dan fotografi.
“Apa sahaja boleh dimasukkan ke dalam majalah ini,” Franca Sozzani apabila ditanya isu apa yang dia tidak akan masukkan ke dalam Vogue Italia.