Sentuhan lembutnya setiap kali menghidupkan kanvas wajah polos membuahkan aura berseri pada setiap pengantin. Tidak hairanlah beliau sering menjadi pilihan pengantin DiRaja Brunei dan golongan sosialit terkemuka. Syed Faizal juga merupakan pilihan istimewa saya ketika hari pernikahan. Thank you Syed, you made me the most beautiful bride during my solemnization!
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”