4 Perkara Menarik Tentang Rhode Summer Club
Musim panas kali ini, Hailey Bieber membawa jenama Rhode ke tahap seterusnya dengan penganjuran Rhode Summer Club di Mallorca, Sepanyol.
Acara eksklusif ini bukan sahaja menjadi pentas untuk memperkenalkan produk baharu, tetapi turut menampilkan gaya hidup mewah yang sinonim dengan Hailey. Berikut empat perkara menarik yang menjadikan Rhode Summer Club bualan hangat musim ini.
1. Takeover Pantai Eksklusif di Mallorca
Rhode Summer Club berlangsung di Beach Club Gran Folies, Mallorca dari 9 hingga 23 Julai. Hanya tetamu dengan tempahan sun lounger dapat menikmati suasana ini. Lengkap dengan payung pantai Rhode, tuala dan ais krim istimewa jenama ini dan banyak lagi.
2. Pelancaran “summer kit”
Hailey Bieber menggunakan acara ini untuk memperkenalkan koleksi “summer kit” yang terdiri daripada tiga produk — Glazing Mist, Pocket Blush (Tan Line atau Sun Soak), dan Lemontini Peptide Lip Tint. Formula Lemontini Peptide Lip Tint yang dirumus selama dua tahun ini hadir dalam rona citrus, bertekstur grainy dan wangian lemon yang menyegarkan. Produk ini menambah koleksi ‘clean look’ Rhode yang kini semakin digilai.
3. Gaya Lemontini Girl
Hailey tampil ikonik di acara ini dengan bikini kuning dan putih yang direka khas oleh Pucci, sedondon dengan casing telefonnya berwarna kuning lemon dan Lemontini Peptide Lip Tint serta manicure “polka dot glazed”. Semuanya membawakan mood “summer club” yang ceria dan eksklusif.
4. Kehadiran Justin Bieber & Tetamu Eksklusif
Tidak hanya Hailey, Justin Bieber turut hadir memeriahkan pelancaran ini. Pasangan ini dilaporkan menyewa villa mewah tepi pantai, lengkap dengan kolam renang, gym dan wine cellar menjadikan Rhode Summer Club satu pesta musim panas untuk para tetamu yang terpilih.
Rhode Summer Club bukan sekadar acara pelancaran, ia simbol strategi baharu Rhode selepas diambil alih e.l.f. Beauty yang bernilai $1 bilion. Dengan suasana ‘lemon chic’ dan vibe eksklusif, Hailey berjaya ‘crack the code’ musim panas ini menjadikan Rhode lebih global dan menjadi kegemaran beauty lover.
Artikel Berkaitan: RHODE Bakal Berada di Sephora Akhir Tahun 2025
Maya Kusuma
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.