Transformasi Dongdaemun Design Plaza Seoul kepada ruang imersif Fashion Wonderland meraikan warisan kreatif Dior lebih 75 tahun menerusi pameran Christian Dior Designer of Dreams.
Pameran ikonik “Christian Dior Designer of Dreams” kini hadir di Seoul, mengubah Dongdaemun Design Plaza (DDP) menjadi perjalanan menakjubkan merentasi lebih 75 tahun warisan kreatif Dior. Direka oleh rakan kongsi OMA Shohei Shigematsu, ini menandakan kerjasama keempat antara Dior dan firma arkitektur tersebut, selepas merai kejayaan gemilang di Paris, London, Shanghai, Chengdu, New York, Doha, Tokyo dan Riyadh. Ruang pameran ini dibuka kepada orang awam bermula 19 April hingga 13 Julai 2025.
Anda pasti terkesima dengan keindahan disebalik pameran gah yang menyaksikan ruang utama 30 Montaigne, disertai gambar-gambar berharga yang menghidupkan keajaiban “kingdom of dreams” di mana koleksi-koleksi haute couture Dior bermula.
5 FAKTA MENARIK PAMERAN Christian Dior DESIGNER OF DREAMS
Wajib kunjungi ke ruang Revolutionary New Look yakni ikon abadi Dior yang dipamerkan dalam senografi menarik, dengan struktur yang menggambarkan keluk skirt sut Bar yang tiada tandingan.
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”