Cuaca yang sedikit panas kadang-kadang buat anda mahu sesuatu yang praktikal. Gaya low bun atau messy bun sangat sesuai untuk situasi ini. Gaya ini ringkas tetapi tetap kelihatan chic, terutama jika dipadankan bersama anting-anting statement. Untuk lebih manis, selitkan helaian rambut di bahagian depan agar wajah kelihatan lembut dan natural.