Musim bunga juga sinonim dengan sentuhan bohemian yang playful. Tocang longgar seperti side braid atau fishtail braid antara pilihan paling tepat. Gaya rambut ini sesuai untuk acara santai di luar seperti picnic atau majlis garden party. Jika ingin tampil lebih fun, boleh selitkan aksesori seperti ribbon atau butterfly clip.