Ini antara gaya paling klasik dan mudah digayakan. Separuh rambut diikat manakala selebihnya dibiarkan terurai. Gaya ini memberikan keseimbangan antara formal dan kasual, bergantung pada jenis aksesori yang dipilih. Tambahkan sentuhan curl di hujung rambut untuk kesan lebih sweet dan lembut.