Bibir juga perlu ‘dibersihkan’ dan menjalani proses pengelupasan supaya ia tampak lembap dan sihat. Pupur bibir Laneige ini bertindak menyingkirkan sel kulit mati dan menghidratkannya. Mengandungi Berry Mix Complex™ yang mana mewah dengan vitamin C dan antioksidan yang bertindak melembutkan bibir yang kering, merekah dan berkuping-kuping.