5 Pempengaruh Kecantikan & Fesyen Rantau Asia Pilihan GLAM

5 Pempengaruh Kecantikan & Fesyen Rantau Asia Pilihan GLAM

Media sosial hari ini dipenuhi dengan wajah-wajah wanita cantik, tetapi hanya pempengaruh yang mempunyai daya tarikan dan personaliti yang kuat mampu mencuri perhatian ramai.

Dari pilihan gaya yang sentiasa on point hinggalah ke rutin kecantikan yang menjadi inspirasi, lima pempengaruh dari pelusuk Asia ini berjaya mencipta nama tersendiri. Siapa mereka? Inilah pilihan GLAM yang wajib anda ikuti sekarang.

1. Stephanie Hui (Hong Kong)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by steph hui (@stxph.h)

Stephanie Hui merupakan pencipta kandungan kecantikan dan fesyen dari Hong Kong yang kini mempunyai lebih 3 juta pengikut dari platform TikTok dan Instagram @stxp.h. Dengan latar belakang pendidikan Ijazah dalam Filem & Televisyen dari New York University, dia membina reputasi menerusi tutorial solekan yang kreatif dan dramatik ala siri Euphoria, serta hack solekan mudah untuk wajah Asia.

Stephanie juga pernah menjadi wajah kempen jenama besar seperti MAC, Fenty Beauty, Chanel dan dalam iklan Samsung bersama Addison Rae. Personaliti ceria dan bersemangat ke arah representasi komuniti “people of color” menjadikan pendekatannya memberi inspirasi yang membina.

See also
Tip Cantik: Kenal Kulit Wajah Anda Dengan Betul

2. Sherry Amin (Malaysia)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sherry Amin (@thesherryamin)

Sherry Amin, @thesherryamin ialah seorang pempengaruh tempatan terkenal dalam dunia fesyen dan kecantikan sehingga diiktiraf sebagai salah seorang influencer fesyen paling bergaya di Malaysia pada tahun 2025 oleh Harper’s BAZAAR Malaysia. Selain itu, GLAM juga sering menampilkan Sherry, yang berkongsi tentang tips kecantikannya.

Sherry juga kini merupakan seorang usahawan yang menguruskan perniagaan Mana Mana Studio dengan menghasilkan pop socket, wax rambut, tas tangan dan banyak lagi. Selain fesyen, Sherry juga sangat berbakat dalam solekan dan memastikan solekannya kekal cantik di hadapan kamera!

3. Gabbie Sul (Filipina)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gabbie Sul (@gabbiesul)

Gabbie Sul adalah model dan pencipta kandungan Filiphina yang kini menetap di Amerika Syarikat. Dia mempunyai lebih 160,000 pengikut di Instagram dan TikTok @gabbiesul dan dikenali atas kandungan kecantikan, fesyen dan gaya hidup yang menampilkan identitinya sebagai Filipina di luar negara.

See also
Kolaborasi Guerlain Bersama Shourouk Rhaiem Sempena Krismas

Gabbie telah bekerjasama dengan jenama seperti Dior Beauty, Kendra Scott, Rolla’s Jeans dan LensCrafters, serta merupakan model di bawah naungan Ford dan Wilhelmina. Kandungannya memberi inspirasi kepada mereka yang mahu melihat sudut gaya hidup Filipina dalam budaya Barat.

4. Natasha Aliya (Indonesia)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Natasha Aliya (@nrlynatasha)

Natasha Aliya, atau @nuraliyanatasha13 di TikTok merupakan pencipta kandungan dari Indonesia yang dikenali dengan video-video gaya hidup dan kecantikan yang menarik perhatian. Dengan lebih 217,000 pengikut dan 10.7 juta likes, Natasha sering berkongsi rutin harian, momen santai di rumah dan penampilannya yang effortless. Aura tenangnya serta visual yang kemas menjadikannya salah satu wajah yang semakin menonjol dalam komuniti kecantikan digital di Asia.

5. Yam Tantiprasut (Thailand)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yam Tantiprasut (@yammatira)

Yam Matira Tantiprasut, atau lebih dikenali sebagai Yam Tantiprasut, ialah pelakon dan influencer gaya hidup dari Thailand yang mula dikenali melalui drama-drama popular di Channel 3 seperti May‑December Romance dan Chor Malila. Dilahirkan di Australia dan dibesarkan antara dua budaya, Yam kini aktif berkongsi kandungan bergaya di Instagram @yammatira kepada lebih setengah juta pengikut.

See also
GLAM Sejenak Bersama: Khadija Meor

Gaya peribadinya yang feminin, moden dan effortless menjadikannya antara figura yang sering mendapat perhatian dalam dunia fesyen dan kecantikan di Thailand. Penampilannya yang rapi menjadikan Yam sebagai salah satu wajah menarik yang mewakili gaya wanita Asia masa kini.

Artikel Berkaitan: 5 Pempengaruh Fesyen Dari Korea Selatan Yang Berbaloi Tekan ‘Follow’ Di Instagram

Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.