Ekspresi diri bersama wangian mewah, bold terbaru Marc Jacobs, Perfect Intense. Inspirasinya tercetus menerusi mantra peribadi Marc Jacobs, “I am perfect as I am.” Perfect Intense juga lambang kepada self-love yang meraikan kekuatan wanita. Aroma kelembutan bunga daffodils dan jasmine bersama gabungan golden roasted almond dan sandalwood membuatkan wangian ini bertahan lama.
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”