Hadir dengan lebih segar dan bersinar, Bvlgari Rose Goldea Blossom Delight Eau de Toilette pelengkap haruman anda di kala musim panas 2022. Setiap momen mencetus ruang luar biasa ibarat melihat bunga mekar berkembang. Koleksi wangian terbaru, menangkap kesegaran bunga kala mekar. Gabungan bunga ros, lily of the valley, grapefruit dan peony sebagai nota utama cetus kesegaran yang anda idamkan.
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”