Shiseido hadir dengan ilham Advent Calendar serba merah dalam meraikan musim festival ini. Sebanyak 24 barangan terbaik menerusi barisan kosmetik dan penjagaan kulit wajah yang bernilai RM1,500. Koleksi edisi terhad ini berkonsepkan Folded With Love. Setiap disebalik hadiah terselit mesej buat penerima. Set eksklusif ini boleh dapatkan di butik Shiseido seperti Mid Valley Megamall KL, Pavilion Bukit Jalil, Suria KLCC dan Sunway Pyramid.
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”