Aroma Tenang Armani Privé IRIS BLEU - Glam Malaysia
Aroma Tenang Armani Privé IRIS BLEU

Aroma Tenang Armani Privé IRIS BLEU

Menawan dalam nuansa biru, koleksi  Armani Privé Haute Couture Fragrances hadir dengan wangian mewah terkini, IRIS BLUE.

Iris Blue

Segar, halus, dan elegan itulah aroma yang berlegar IRIS BLEU yang mengajak anda dalam perjalanan sensori yang menakjubkan ke Mediterranean, di mana setiap nuansa biru laut dan langit berpelukan dalam harmoni yang menawan. Koleksi Les Eaux memperkenalkan permata baharu iaitu Iris Bleu, ianya satu warisan kemewahan yang berterusan.

Iris Blue

Sejak 2004, Giorgio Armani telah menterjemahkan intipati koleksi Haute Couture  ke dalam wangian unik yang menggunakan bahan-bahan berharga dan halus, menyampaikan kesempurnaan yang tiada kompromi. Koleksi Armani Privé Haute Couture Fragrances merangkumi empat koleksi wangian seperti Les Eaux, La Collection, Les Terres Précieuses dan Les Mille et Une Nuits.

Scha

Yang terbaharu, IRIS BLEU, adalah pengalaman olfaktori yang menenangkan dan mengangkat jiwa, menyatukan nota iris serbuk yang lembut, jasmine yang halus, dan musk putih yang merangkul. Dicipta daripada bahan mentah yang paling berharga, wangian halus ini dengan warna biru yang lembut mengangkut pemakainya ke infiniti laut dan langit Mediterranean. Dicipta oleh pakar wangian Dora Baghriche dari FIRMENICH, wangian ini dibuka dengan percikan hijau yang menawan, menangkap cahaya yang menari di atas Mediterranean sebelum maghrib. Nota galbanum yang segar, hampir hijau dan rangup, mencipta kontras yang memikat dengan sitrus terang bergamot Calabrian yang dicium matahari dan lemon menganyam aura botanikal yang menggembirakan sekaligus menyegarkan dan menenangkan.

See also
Cara Terbaik Untuk Kecilkan Liang-Liang Pori Tanpa Belanja Besar

Marion Caunter

 

IRIS BLEU mencapai klimaks dalam akord musk putih yang tenang. Asas ini memberikan sensualiti yang bersih kepada wangian, manakala cedarwood Virginia menambah aroman kayu yang kering. Sentuhan guaiac wood pula melengkapkan jejak lembut dan berlarutan wangian ini.

Artikel berkaitan Tiru Gaya Solekan Armani beauty oleh Sahir Sabri Dan Nia Atasha

Koleksi ini juga terterjemahkan oleh tiga personaliti terkenal Malaysia yang hadir dengan keanggunan yang mempesona, Scha Al-Yahya, Marion Caunter, dan Elvina Mohamad. Ketiga-tiga personaliti glamor ini memancarkan inspirasi elegan.

Elvina

 

Artikel berkaitan Tiru Gaya Solekan Armani beauty Oleh Ady Razak Dan Azira Shafinaz