Buang Bulu Wajah Demi Solekan Lebih Sempurna?

Buang Bulu Wajah Demi Solekan Lebih Sempurna?

Membuang bulu wajah kini menjadi salah satu rutin kecantikan yang semakin popular, terutamanya dalam kalangan mereka yang gemar bersolek.

Walaupun ia nampak seperti langkah kecil, sebenarnya ia memberi kesan yang besar dalam hasil solekan. Ramai wanita menyedari bahawa dengan menghilangkan bulu halus di wajah, kulit akan kelihatan lebih bersih dan licin sekaligus menjadikan permukaan wajah lebih sekata dan kemas dalam solekan.

Solekan lebih sekata tanpa bulu wajah

Salah satu sebab utama mengapa bulu wajah dibuang adalah untuk memastikan produk solekan seperti foundation, concealer dan bedak dapat disapu secara rata. Bulu-bulu halus, terutama di bahagian pipi, dagu dan atas bibir, boleh menyebabkan solekan tampak tidak sekata atau ‘bercapuk’. Bila kulit dah licin, segala produk akan lebih mudah di-blend, hasilnya kulit tampak flawless dan semula jadi seperti efek ‘filter’ tanpa filter!

Selain itu, bulu halus yang menutupi wajah juga boleh memberi kesan kusam apabila terkena cahaya. Ini kerana cahaya akan terpantul pada bulu, bukan pada kulit, menyebabkan wajah kelihatan kurang berseri. Dengan membuang bulu wajah, kulit akan kelihatan lebih berseri dan solekan juga akan kelihatan lebih ‘naik’ atau ‘pop’. Ini sangat penting terutamanya jika anda ingin kelihatan menyerlah dalam gambar atau di bawah lampu terang.

See also
Rutin Solekan It-Girl Gabbriette

Proses membuang bulu wajah, seperti dermaplaning atau pencukuran ringan, juga memberi manfaat tambahan iaitu exfoliation iaitu menanggalkan sel kulit mati. Ini membantu menjadikan tekstur kulit lebih halus, mengurangkan tompok kering dan memberikan kesan cerah semula jadi. Apabila kulit berada dalam keadaan baik, bukan sahaja solekan kelihatan cantik, tetapi produk penjagaan kulit juga dapat menyerap dengan lebih berkesan. 

Namun begitu, penting untuk diingat bahawa setiap orang mempunyai pilihan dan keselesaan tersendiri. Ada yang lebih yakin dengan membuang bulu wajah, dan ada juga yang selesa membiarkannya semula jadi. Apa pun pilihannya, yang paling utama ialah menjaga kesihatan kulit dan menggunakan teknik yang selamat. Kalau anda nak cuba langkah ini untuk tingkatkan kualiti solekan, go for it! Yang penting, buat dengan ilmu dan ikut cara yang betul.

Artikel Berkaitan: Bebas Bulu Lebih Lama, Rawatan IPL di Rumah Lebih Jimat & Selamat?

Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.