Clarins Skin Illusion Full Coverage Pilihan Sofea Shra Dan Iman Opie
Clarins Skin Illusion Full Coverage yang baharu ini kini menjadi pilihan utama dua persoanaliti pempengaruh digital, Sofea Shra dan Iman Opie.
Clarins kembali mencipta semula definisi bedak asas tradisional dengan Skin Illusion Full Coverage. Gabungan formula inovatif ini bersesuaian dengan gerak-geri ekspresi wajah dengan memberi kesempurnaan semula jadi. Kehadiran Skin Illusion Full Coverage baharu ini, mengubah segala persepsi bahawa bedak asas cecair bukanlah setebal yang kita ingatkan.
Personaliti pempengaruh kecantikan, Sofea Shra cukup dikenali dengan content kecantikan atau GRWM di laman TikTok mengakui bahawa Clarins Skin Illusion Full Coverage ini adalah bedak asas paling ditunggu-tunggunya. Katanya, agak susah untuk mencari bedak asas cecair yang mempunyai litupan penuh, bertekstur ringan dan punya formula penjagaan kulit wajah. ‘
@majalahglam Menurut Sofea, akhirnya dia menemui bedak asas cecair terbaik yang melitupi cela wajah dengan sempurna secara full coverage dan pada masa yang sama mempunyai kandungan penjagaan kulit wajah sebanyak 80%. Lagi menarik, Clarins Skin Illusion Full Coverage ini mempunyai teknologi Skin Fit di mana ia melekap kemas walaupan pelbagai ekspresi wajah. #ClarinsMY #SkinIllusionFullCoverage #GLAMMalaysia @sofeashra
Skin Illusion Full Coverage ini mempunyai tekstur Luminous Matte yang mengurangkan kesan kulit bersinar atau berminyak dan kulit tampak seperti natural. Malah, bedak asas cecair ini mempunyai sebanyak 18 warna mengikut semua jenis kulit wajah. Kod warna yang dipakai oleh Sofea pula adalah 105N.
Yang menjadikan produk ini lebih istimewa adalah formulanya yang mengandungi 80 peratus bahan penjagaan kulit. Bedak asas cecair ini diperkaya dengan asid hialuronik yang membantu melembapkan, Zinc Gluconate bertindak mengurangkan kilauan, Micropatch Vegetal pula untuk melicinkan kulit, dan Clarins Anti-Pollution Complex yang terdiri daripada ekstrak White Horehound Organik, furcellaria dan nipplewort untuk melindungi kulit daripada pencemaran dan kesan berbahaya cahaya biru. Barulah kulit sihat sempurna walaupun bersolek!
Buat personaliti pempengaruh muda, Iman Opie pula menyukainya kerana ia mempunyai teknologi Skin Fit yang mengikut gerak-geri atau ekspresi wajah seperti gelak, sedih, marah atau senyum ia masih nampak flawless dan complexion wajah tetap kekal sempurna!
Artikel berkaitan Generasi Ke-9 Clarins Double Serum Semakin Berkuasa
Iman memakai kod 106N dan kulitnya jelah kelihatan lebih bersinar dan semula jadi. Skin Illusion Full Coverage ini bukan sahaja tahan air, tetapi juga tahan peluh, kelembapan, dan tidak mudah hilang. Sama ada anda ketawa, menangis, atau berpeluh, liputan anda tetap tidak terganggu.
@majalahglam Clarins Skin Illusion Full Coverage adalah rahsia kulit Iman bersinar dan flawless. Bedak asas @iman ini bukan sahaja bertekstur ringan malah tahan selama 24 jam pemakaian sepanjang hari. Ia seperti second skin effect tidak menganggu kompleksi wajah. #ClarinsMY #SkinIllusionFullCoverage #GLAMMalaysia