GBC Love Wellness : Reset Mode! Cara Gen Z Detox Kehidupan Sosial - Glam Malaysia

GBC Love Wellness : Reset Mode! Cara Gen Z Detox Kehidupan Sosial

Unfriend, unfollow, dan set boundaries. Tiga langkah mudah anda boleh guna untuk detox kehidupan sosial dan improve mental health. No drama, lebih tenang.

Dalam dunia yang dipenuhi notifikasi tanpa henti dan drama online, generasi Z kini mula menyedari kepentingan untuk ‘detox’ kehidupan sosial mereka. Dari unfriend toxic friends hingga menetapkan boundaries yang sihat, inilah cara untuk membersihkan circle sosial anda dan fokus kepada hubungan yang benar-benar bermakna.

Kalau anda rasa penat dengan drama yang tak pernah habis dalam group chat, atau stress setiap kali buka Instagram sebab nampak orang lain hidup “perfect”, mungkin sudah tiba masanya untuk detox kehidupan sosial anda. Bagi, Gen Z yang sentiasa terdedah dengan media sosial, kita sering terjebak dalam toxic cycle of comparison, FOMO, dan hubungan yang sebenarnya drain energy kita.

GBC Love

Tanda-Tanda You Need A Social Detox

Pertama sekali, kena jujur dengan diri sendiri. Adakah anda selalu rasa anxious lepas skrol media sosial? Atau mungkin anda ada kawan yang selalu buat anda rasa not good enough? Kalau jawapannya YES, itu red flag yang ketara.

Tanda-tanda lain termasuk membandingkan diri dengan orang lain secara online, overwhelmed dengan banyaknya group chats yang perlu dijawab, atau asyik terlibat dalam drama yang sebenarnya bukan urusan anda. Genarasi muda kerap juga terdedah atau overstimulation dengan TikTok, Instagram Stories, dan WhatsApp groups yang tak pernah senyap. Sometimes, less is more.

See also
Lily James Wajah My Burberry Black

Langkah Terbaik Untuk Detox Media Sosial

1. Bersih Media Sosial Dengan Tegas

Mula dengan telefon bimbit. Semak ke semua check list yang ada di platform dan unfollow accounts yang buat anda rasa teruk atau tidak tenang. Tidak payah terasa bersalah sebab unfollow, ikut apa kata hati dan jiwa anda berbanding orang lain.

Keluar dari group chats yang toksik atau yang selalu ada drama. Trust me, you won’t miss much. Kecuali ada perkara penting, baru anda interaksi dengannya. Tutup notifikasi untuk setiap aplikasi yang tidak penting dan set masa untuk skrol medial sosial berbanding anda skrol setiap masa. Cuba langkukan rutin secara periodic, bermula dengan sehari, selepas itu tambah seminggu dan jangan terkejut anda akan terbiasa hingga capai ketenangan jiwa.

Artikel berkaitan GBC Love Wellness: 7 Sebab Terapi Holistik Penting Untuk Kesihatan Mental & Jiwa

2. Kenal Siapa Sahabat Anda!

Fokus kepada offline relationships! Sekarang focus pada offline relationships. Kita semua ada seorang kawan yang selalu complain, degil, bagi nasihat endah, atau yang hanya berhubung bila dia perlukan anda. It’s time untuk honest assessment.

Senaraikan orang-orang dalam hidup anda dan kategorikan mereka: Energy Givers vs Energy Drainers. Yang Energy Givers ini tuju kepada orang yang bagi sokongan padu, positive influence, dan membalas effort anda walaupun sekadar wish Selamat Hari Jadi. Yang Energy Drainers pula selalu membawa kepada aura negatif, hubungan berat sebelah, dia sahaja orang kena layan tetapi bila anda minta tolong, bagi beribu alasan atau kaki manipulasi.

See also
6 Cara Mencegah Kedutan Dan Garis Halus

Bukan bermaksud anda kena completely cut off, tetapi set boundaries. Kalau ada kawan yang toxic, kurangkan bergaul dengan meraka. You don’t owe anyone unlimited access to your energy and peace of mind.

3. Temui Sahabat Baru

Lebih baik ada hanya 5 sahabat berbanding 50 sahabat. Sentiasa memilih sahabat yang memilih life goals anda kepada sesuatu yang posifitif dan bersama-sama membantu. Bagaimana anda nak temui potensi sahabat baru ini, mungkin kena sertai komuniti atau aktiviti yang melibatkan penglibatan ramai orang baru. Seperti GBC Love Wellness siri. Barulah authentic connection mula terjalin mudah!

GBC LOVE

4. Tetapkan Batasan

Konsisten adalah kunci utama. Setelah anda menetapkan batasan, patuhi dengan tegas. Jika ada orang yang cuba membuatkan anda berasa bersalah kerana tidak sentiasa available atau tidak mahu terlibat dengan drama mereka, ingatlah bahawa itu adalah masalah mereka, bukan anda.

Berlatih untuk menolak tanpa memberi terlalu banyak alasan. “Saya tidak dapat hadir” sudah memadai sebagai jawapan. Anda tidak perlu membenarkan setiap keputusan atau memberikan penjelasan panjang lebar mengenai pilihan anda.

See also
Burberry Prorsum Womenswear SS16 - Livestream from London

Inilah hasil anda akan dapat…

Setelah anda berjaya detox kehidupan sosial, anda akan merasai peningkatan yang jelas dalam kesihatan mental, produktiviti, dan kebahagiaan secara keseluruhan. Anda akan ada lebih banyak masa untuk mencapai matlamat peribadi, memupuk hubungan yang bermakna, dan memberi tumpuan kepada pembangunan diri.

Detox sosial bukanlah tentang mengasingkan diri. sSebaliknya ia tentang memilih dengan bijak hubungan mana yang patut dikekalkan. Remember, your social circle should lift you up, not drag you down!

Artikel berkaitan GBC Love Wellness: 5 Jenama Lokal Baju Gym Wanita Yang Bergaya Dan Selesa

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan