GLAM Reviu: Manfaat Detoks Wajah Perlu Anda Tahu - Glam Malaysia

GLAM Reviu: Manfaat Detoks Wajah Perlu Anda Tahu

Sekerap mana anda detoks wajah? Disebalik penjagaan rapi menerusi ritual harian, wajah juga perlu dinyahtoksik agar kekal terhidrasi dan sihat.

AsterSpring memperkenalkan rawatan baharu yang memfokuskan kepada detoks wajah. Rawatan yang bergelar Volcanic Cool Treatment adalah paling ideal untuk menyahtoksik, mengurangkan kemerahan dan keradangan kulit wajah serta melembapkan kulit dengan serta-merta.

Kebanyakan daripada kita sudah terbiasa dengan kemudahan elektronik kehidupan moden tetapi tidak ramai yang menyedari kemungkinan risiko kesihatan menerusi gajet menjadikan masalah utama. Telefon bimbit, komputer, penghala wi-fi, gelombang mikro dan peralatan elektronik dan elektrik lain menghantar aliran sinaran, dengan medan elektromagnet (EMF) sentiasa mengelilingi anda.

Generasi Z kini menghabiskan lebih daripada 7 jam sehari pada gajet digital dan jumlah masa skrin yang kita miliki telah diburukkan lagi dengan kehadiran Covid19. Ini bermakna kulit wajah sudahpun terdedah dengan radiasi sinaran, radikal bebas, pengumpulan toksik, pendedahan matahari yang berbahaya dan pencemaran; mengakibatkan kulit teriritasi dan dehidrasi, pembaharuan sel terjejas, pengurangan kolagen dan keanjalan, dan kehilangan air.

See also
Wangian Pilihan Terhangat

Masalah yang semakin ketara ini dapat ditangani dengan rawatan terbaru di AsterSpring. Dengan gabungan teknik urutan mahir menggunakan batu gunung berapi sejuk semulajadi dari Peru dan bersama barisan produk berprestasi tinggi membuatkan kulit anda kembali tenang dan terhidrasi dengan baik.

Tidak semua batu dicipta sama. Batu Gunung Berapi Magma Basalt yang terbentuk pada suhu tinggi kira-kira 1,200 oC terdiri daripada kandungan magnesium dan besi yang tinggi, dengan silikon yang kurang berbanding batu yang berkualiti rendah. Disusun dan diperoleh dengan teliti, rawatan ini menggunakan Batu Gunung Berapi Magma Basalt berkualiti tinggi dan diperakui dari Peru yang mempunyai keupayaan untuk menyerap dan meneutralkan sinaran daripada kulit kita.

Artikel berkaitan Terapi Energi Wajah Kembalikan Kesegaran Kulit

Sensasi penyejukan batu meningkatkan kesan menenangkan, menenangkan dan anti-bengkak. Ia juga melepaskan ketegangan dan melegakan keradangan. Di samping itu, rawatan ini juga menggabungkan tiga masker wajah gred profesional seperti Clinical Colloidal Oatmeal Masque, dapat melegakan kerengsaan kulit dan menguatkan penghalang kulit. Colloidal Masque pula menghidrat secara mendalam dan memulihkan kulit yang dehidrasi dan penuaan pramatang dengan asid hialuronik, fitonutrien botani dan Vitamin A dan C. Botanical Cooling Masque dikatakan segera hidrat dan lembapkan dengan rumpai laut dari Pantai Atlantik Eropah.

See also
Perubahan Rambut Pendek Song Hye Kyo

Rawatan selama 66 minit sesuai untuk semua jenis kulit terutama yang sedang mengalami kulit stress dan dihidrasi. Namun, tidak sesuai untuk kulit wajah yang sedang mengalami masalah jerawat yang ketara. AsterSpring Volcanic Cool Treatment ini kini boleh ditempah secara eksklusif di setiap butik kecantikan AsterSpring seluruh Malaysia dengan harga RM328, AsterSpring Centres dan RM368, AsterSpring Signature Centres.