Ini 5 Idea Gaya Rambut Bapa Pilihan GLAM
Ini Gaya Rambut Lelaki Sesuai Untuk Bapa

Ini 5 Idea Gaya Rambut Bapa Pilihan GLAM

 Seorang bapa akan tetap menjaga penampilannya lebih-lebih lagi pada gaya rambut. Jom lihat gaya rambut bapa yang terkini pilihan GLAM! 

Sebagai ketua keluarga, seorang bapa itu sudah tentu memikul tanggungjawab yang besar di dalam keluarganya. Perlu menyediakan kelengkapan untuk keluarga dari segi mental dan fizikal dan tetap kekal bergaya, seorang bapa semestinya satu individu yang sangat kuat. Bersempena bulan sambutan Hari Bapa, GLAM ingin berkongsi gaya rambut bapa menarik dan boleh dijadikan inspirasi untuk mereka!

Gaya Rambut Bapa Pilihan GLAM

#1 Curtain Haircut

Gaya yang mendedahkan sedikit dahi ini seringkali dibuat oleh aktor Korea Selatan. Untuk para bapa yang ingin bergaya walaupun sibuk menguruskan keluarga, gaya rambut belah tengah adalah yang sesuai buat mereka. Dengan gaya sebegini buat mereka kelihatan seperti aktor Nam Joo-hyuk!  Jika bapa anda memiliki personaliti yang garang, akan automatik tampak lebih lembut dengan stail sebegini. 

gaya rambut bapa

#2 Slicked Back

Ini adalah antara gaya rambut bapa kegemaran para jejaka sejak dahulu hingga kini dan penggunaan produk rambut seperti pomade diperlukan untuk menggayakan stail ala-ala Colin Farrell ini. Bapa-bapa yang menginginkan penampilan seperti ini hanya perlu sisir rambut ke belakang selepas menggunakan produk rambut yang sesuai. Ia akan membuatkan bapa-bapa kita tampak ekstra tampan dan lebih maskulin. 

See also
Karakter Jejaka Hollywood Yang Membuatkan Anda Percaya Dengan Cinta

gaya rambut bapa

#3 Spiky Short 

Potongan ala spiky short ini adalah gaya rambut yang lebih pendek dan akan memberi keselesaan lebih-lebih lagi kepada bapa yang berpersonaliti simple. Gaya yang pernah dipopularkan oleh pemain bola sepak legenda, David Beckham ini sangat mudah untuk dijaga. Gaya spiky ini sering digayakan oleh atlet dan tampak cukup stylish. Untuk look yang tahan lama, penggunaan pomade juga sangat digalakkan untuk stail ini.

gaya rambut bapa

#4 Gaya Rambut Bapa: Curtain Fringe-Up

Curtain fringe-up sama seperti potongan curtain biasa, iaitu look belah tengah. Akan tetapi, untuk mereka yang tidak selesa dengan rambut hadapannya dibiar mengurai, gaya ini memberi kelebihan di mana rambut fringe tadi disisir belakang untuk mendapatkan efek yang lagi kemas. Stail ini turut memberikan penampilan yang lebih maskulin buat para bapa. 

#5 Deep Side Undercut

Gaya ini lebih moden ini serta amat mudah untuk dijaga. Stail deep side cut ini pernah popular pada tahun 2018 dan masih lagi digemari oleh golongan lelaki hingga sekarang. Gaya ini akan membuatkan bapa kita kelihatan lebih cool. Senang cerita, my dad is the coolest! 

See also
Peminat Mahu Amber Heard Digugurkan Daripada Aquaman 2