Impresi Pertama Produk Haus Labs by Lady Gaga, Adakah Ia Sekadar Hype?
Jenama kecantikan selebriti sering kali menjadi tanda tanya bagi para penggemar solekan. Adakah ia sekadar gimik pemasaran atau benar-benar produk yang berkualiti tinggi? Haus Labs by Lady Gaga kini boleh didapati di Malaysia dan telah menarik perhatian industri kecantikan, terutamanya dengan produk terlaris, Triclone Skin Tech Foundation.
Dalam dunia kecantikan yang kini didominasi dengan jenama selebriti, Haus Labs by Lady Gaga telah berjaya menonjol sebagai salah satu jenama yang paling dipuji. Selepas pelancaran semula pada tahun 2022, jenama ini telah menjadi viral di TikTok dan mendapat pengiktirafan industri yang luar biasa. Tetapi adakah ia benar-benar sebagus yang didakwa? Mari kita tinjau impresi pertama produk-produk terbaik mereka.
1. Triclone Skin Tech Foundation
Produk pertama yang menjadi perhatian adalah Triclone Skin Tech Foundation. Foundation ini adalah produk yang meletakkan Haus Labs di carta industri kecantikan secara besar-besaran, menjadi viral di TikTok dan kekal popular dalam kalangan pempengaruh media sosial. Impresi pertama yang paling menarik ialah tekstur yang ringan dengan coverage medium yang boleh dibina, kemasan dewy-matte yang memberikan kilau semula jadi, mudah dioleskan tanpa terasa berat, dan 51 warna yang merangkumi pelbagai jenis kulit.
Foundation ini memberikan kilauan segera yang bertahan sepanjang hari dan sesuai untuk mereka yang sukar mencari padanan warna yang tepat dengan hanya memerlukan satu pump untuk coverage yang mencukupi. Walau bagaimanapun, ia mungkin menjadi berminyak pada kulit kombinasi menjelang petang dan boleh menyebabkan breakout pada kulit sensitif, jadi patch test diperlukan.
2. Color Fuse Blush Powder
Color Fuse Blush Powder pula tampil dengan formula talc-free yang lembut seperti velvet dan diperkaya dengan fermented arnica serta hydraberry. Blush powder ini senang dioleskan dengan sempurna pada kulit dan memberikan kesan flush yang natural dan tahan lama. Formula hibrid yang inovatif membolehkan fleksibiliti warna pada pipi sambil memberikan coverage yang dapat dibina mengikut kehendak.
3. Color Fuse Glassy Blush Balm Stick
Blush Balm Sticks disifatkan sebagai produk yang wajib dicuba jika hanya memilih satu item dari Haus Labs. Kemasan dewy yang berfungsi hampir seperti highlighter dan blush dalam satu, sangat pigmented dan tahan lama. Teknik penggunaan berbeza bergantung pada aplikasi: pada kulit kosong, sapukan terus dan oleskan dengan jari, manakala pada makeup penuh, gunakan berus sudut untuk kawalan yang lebih baik.
4. Bio-Radiant Glassy Balm Highlighter Stick
Bio-Radiant Glassy Balm Highlighter Stick menawarkan kesan ‘glass skin‘ yang memukau dengan formula serum yang mengandungi 64% bahan skincare. Formula yang diperkaya dengan hyaluronic acid, squalane, dan marine extracts ini memberikan kesan glowing sambil meningkatkan hidrasi kulit sehingga 59%. Tekstur balm yang lembut dan buttery mudah meresap ke dalam kulit tanpa mengganggu solekan yang telah diaplikasi sebelumnya.
Artikel berkaitan: Ritual Penjagaan Kulit Dengan Barisan Produk Sol de Janeiro