Kembalikan Ketebalan & Tekstur Rambut Dengan Sentuhan Istimewa Oribe
Dibangunkan bersama pakar trikologi bertauliah, Penny James, koleksi Serene Scalp Densifying oleh Oribe membawa penjagaan kulit kepala ke tahap yang lebih tinggi untuk menangani masalah penipisan rambut, ketumpatan dan daya tahan dari akarnya. Syampu dan perapi Densifying yang baharu kini melengkapi semburan Treatment Spray Densifying untuk menawarkan rutin lengkap, memberikan pendekatan intensif bagi penebalan rambut dan mencegah penipisan, sambil memenuhi keperluan unik kulit kepala.
Pada era kontemporari ini, isu penipisan rambut semakin menjadi perhatian umum. Statistik menunjukkan istilah “rambut menipis” ditelusuri melebihi sejuta kali setiap bulan di alam maya. Mengenal pasti fenomena ini, Oribe Hair Care telah melancarkan penambahan terbaru dalam siri tersohor Serene Scalp mereka iaitu Oribe Serene Scalp Densifying.
Rangkaian yang merangkumi tiga produk ini dirumus secara saintifik dengan kerjasama ahli trikologi bersijil, Penny James. Matlamatnya adalah untuk menjadikan rambut lebih padat dan bervitaliti dalam tempoh tiga bulan dengan penggunaan yang berterusan.
Rangkaian lengkap Oribe Serene Scalp Densifying terdiri daripada syampu, pelembap dan semburan perawatan. Kesemua produk direka untuk meningkatkan ketumpatan dan mengurangkan keguguran rambut akibat kerosakan sambil memberikan nutrien ringan yang mengekalkan keutuhan rambut. Koleksi baharu ini menggunakan Capixyl, Redensyl*™️ dan Ekstrak Tunas Kacang yang membantu secara semula jadi untuk menguatkan kulit kepala dan menebalkan setiap helaian rambut serta mengurangkan keguguran rambut akibat kerosakan.
Kesemua produk Oribe dirumus dengan bahan-bahan selamat, premium dan inovatif. Diuji oleh pakar kulit serta diformulasi tanpa sulfat (SLS & SLES), Veganan, bebas gluten dan disahkan oleh PETA.