Louis Vuitton Lancar Wangian Wanita Baru eLVes
Louis Vuitton memberi penghormatan kepada wanita hebat dalam menyelusuri kehidupan baharu yang lebih berani. Karya indah Jacques Cavallier Belletrud ini menggabungkan intipati bunga yang menakjubkan dalam meraikan manifesto wanita.
Kisah penjelahan penuh keanggunan hingga ke ufuk timur mencetus ruang inspirasi Louis Vuitton dalam mencipta karya olfaktori baharu buat wanita. Terkini, eLVes Louis Vuitton adalah manifesto yang ditakrifkan oleh keberanian dan kebebasan wanita. Gambaran wanita ini dia punya semangat bebas, merdeka dan berani.
Kehadiran eLVes Louis Vuitton memperkukuhkan barisan Les Parfums Louis Vuitton yang merangkumi pelbagai aroma berani yang bersifat Universal. Malah, ia juga memberi penghormatan kepada wira-wira wanita dulu dan sekarang yang senantiasa mencari peluang kemenangan.
Menurut Jacques Cavallier Belletrud, untuk ciptaan eLVes Louis Vuitton dia mendedikasikan kepada wanita-wanita yang berjaya. Gabungan intipati serba kontemporari dengan nada amber yang menarik menjanjikan ianya adalah wangian yang tidak terduga yang kaya dengan komposisi yang kompleks.
Intipati bunga mawar merupakan simbolik feminin yang sempurna. Untuk eLVes Louis Vuitton, aroma Rose Absolute Bulgaria dan Centifolia Rose yang diekstrak CO2 eksklusif hanya di Louis Vuitton. Ia menyerlahkan keanggunan dan kemewahan dalam pembuatan istimewa wangian ini. Buat pertama kalinya, Jacques Cavallier Belletrud menggabungkan teknologi inovasi bersama bunga yang digelar “silent flower” iaitu Lily-of-the-Valley telah kembali diberi nafas baru yang melalui proses pengekstrakan yang belum pernah terlaksana di Grasse, Perancis.
Untuk menyerlahkan lagi kesegaran bunga ini gabungan intipati seperti blackcurrant, pic dan kelapa menyempurnakan nota bunga ikonik ini. Kehebatan Jacques Cavallier Belletrud adalah terletak pada hasil kreatifnya dalam menggabungkan intipati yang belum pernah dilakukan, dia memilih rempah-ratus terbaik seperti kayu manis dan halia yang juga melalui proses pengekstrakan CO2 menyerlahkan aroma yang lebih kuat.
Daya tarikannya adalah terletak pada gabungan amber kontemporari yang memberi mood sensualiti pada abad ke-21. Sentuhan akhir yang juga jantung utama eLVes Louis Vuitton, dia menambah sedikit patchouli yang bakal membuatnya tahan lebih lama.
eLVes Louis Vuitton dipentaskan dalam bentuk silinder khas wangian Louis Vuitton. Botolnya menampilkan intipati ungu yang bertenaga. Botol ini juga diiringi bersama sarung yang diperbuat daripada kulit lambskin hitam dan kanvas Monogram kayu eboni. Lapisan mikrofiber ungu menambah sentuhan kehalusan moden.
Pautan berkaitan Revolusi Baharu La Beauté Louis Vuitton