Merungkai Solekan Berseri Luna Maya Pada Hari Bahagia - Glam Malaysia

Merungkai Solekan Berseri Luna Maya Pada Hari Bahagia

Dalam suasana yang menyentuh perasaan dan lokasi yang indah, kemunculan Luna Maya di hari bahagianya juga berjaya menarik perhatian. Luna Maya kelihatan memukau dengan busana tradisional Jawa serba putih yang elegan. Solekan Luna juga tampak flawless, memberikan kesan segar dan berseri.

Luna Maya kelihatan menawan dalam busana tradisional semasa majlis akad nikahnya bersama Maxime Bouttier. Upacara suci yang diadakan di Bali itu turut menarik perhatian dengan produk solek tempatan yang digunakan oleh Luna.

Disolek oleh jurusolek artis Andy Chun, Luna tampil mempesona dengan sentuhan yang sempurna dan menawan. Untuk upacara pernikahan, Luna tampil dengan solekan yang ringkas tetapi tetap memberikan kesan semula jadi pada kulit. Andy Chun terkenal dengan gaya riasan glamnya, namun tetap mengekalkan kontur asli wajah Luna supaya kelihatan semula jadi.

Foto: Instagram/Andy Chun

Andy memulakan solekannya dengan menyembur d’Alba White Truffle First Spray Serum, diikuti dengan pelembap d’Alba Double Cream. Tidak lupa menggunakan sunscreen kerana acara berlangsung di luar rumah, Andy juga menggunakan d’Alba UV Essence Waterfull SPF 50+ PA+++ sebagai perlindungan daripada sinaran matahari.

See also
Alvin Chong Temui Cinta Baharu Bersama Koleksi Kérastase Symbiose

Untuk pilihan bedak asas, Andy menggunakan MOP ‘So X-TRA! Hybrid Matte Foundation Peptides Infused SPF 40 PA++. Bedak asas ini terkenal dengan kemasan matte tetapi tetap ringan dan seperti kulit natural yang sesuai dengan Luna untuk tampil anggun. Bedak asas kemudiannya digabungkan dengan Make Over ‘Powerstay Matte Powder 24H’ untuk memastikan hasil yang tahan lama.

Foto: Instagram/Andy Chun

Andy memilih teknik cut-crease halus yang menonjolkan mata Luna tanpa kelihatan berlebihan. Hasilnya ialah solekan mata yang tajam namun tetap sepadan. Untuk menyempurnakan solekan pada pernikahannya, Luna memakai Make Over ‘Powerstay Glazed Lock Lip Pigment’ yang mempunyai warna pink-mauve yang segar.

Foto: Instagram/Luna Maya

Untuk majlis persandingan, Luna Maya memilih jurusolek terkenal, Archangela Chelsea. Dimulakan dengan pemakaian bedak asas, Luminous Silk Foundation 4 dari Armani Beauty menjadi pilihan jurusolek itu untuk Luna Maya. Selepas itu, Archangela Chelsea menggunakan Armani Beauty Luminous Silk Compact Powder Foundation 01 untuk mendapatkan kulit bercahaya dan kelihatan semula jadi.

See also
Satu Sesi Rawatan - 4.5 Tahun Lebih Muda

Bagi pilihan pemerah pipi, Luminous Silk Cheek Tint Rosy Peach dari Armani Beauty digunakan supaya warna pipi Luna menyerlah sepanjang majlis. Akhir sekali, untuk mendapatkan warna dan kemasan bibir yang glossy, Luna Maya telah menggunakan pengilat bibir dari Armani Beauty dalam rona Candy Halo.

 

Artikel berkaitan: GLAM Weddings: Luna Maya & Maxime Bouttier Disatukan Di Bali