Obsesi GLAM : Terokai Butik Ketiga Chloé Parfums di Mid Valley Megamall - Glam Malaysia

Obsesi GLAM : Terokai Butik Ketiga Chloé Parfums di Mid Valley Megamall

Chloé Parfums kini tampil butik ketiga di Mid Valley Megamall dan juga memperkenalkan koleksi Cedrus Intense yang baharu dan rangkaian produk penjagaan badan.

Chloe parfums

Kunjungan Direktor Kecantikan GLAM, Julia Azman ke butik baharu Chloé Parfums yang dibuka di Mid Valley Megamall ternyata membawa kepada satu pengalaman wangian yang bersifat peribadi! Dari riasan dekorasinya hinggalah ke susunan rangkaian ikonik Chloé Parfums. Selepas kejayaan pembukaan butik di Pavilion KL dan IOI City Mall Putrajaya, ternyata jenama wangian ini berjaya meraih perhatian buat penggemar wangian mewah.

Di cawangan Mid Valley ia menonjolkan ekspresi segar alam semesta Chloé Parfums, sambil menampilkan wangian ikon Cedrus yang kini hadir dengan aroma baharu, Cedrus Intense. Sebagai merayakan kewanitaan yang berani dan keanggunan semula jadi, Cedrus Intense adalah komposisi yang halus namun berani, direka untuk wanita moden yang yakin dengan kebolehan diri. Wangian ini juga bersifat genderless.

Cedrus Intense

Bagi melengkapkan rangkaian wangian, butik ini juga menampilkan barisan koleksi penjagaan badan Chloé yang diperluas, termasuk Losyen Badan dan Gel Mandian yang baharu dilancarkan. Koleksi badan penuh merangkumi krim tangan, sabun tangan, gel mandian dan losyen badan,

See also
Orgasm Kecantikan Bersama NARS

Chloé Parfums Mid Valley ini juga menampilkan barisan lengkap untuk Atelier Des Fleurs. Butik unik ini direka unik untuk mencerminkan mood bermusim wangian Chloé. Pelancaran seperti Cedrus Intense dihidupkan melalui instalasi bunga tematik yang akan berkembang sepanjang tahun untuk meraikan keluaran baharu dan perayaan istimewa. Kunjungi Chloé Parfums di Mid Valley Megamall untuk menemui aroma pilihan anda.

Artikel berkaitan 5 Aroma Terbaik, 5 Wangian Wajib Dimiliki