Pengalaman Cantik Edisi Lebaran Bersama GLAM Beauty Club X Armani Beauty - Glam Malaysia

Pengalaman Cantik Edisi Lebaran Bersama GLAM Beauty Club X Armani Beauty

Sempena sambutan lebaran 2025, GLAM Beauty Club X Armani Beauty secara eksklusif menjemput jurusolek selebriti, Ahma Dani. Seramai 20 ahli GBC hadir ke sesi pengalaman cantik ini.

Kedua-dua sesi pengalaman cantik ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengarah Kecantikan GLAM, Julia Azman. Sesi yang berlangsung di butik Armani Beauty iaitu yang terletak di KLCC ini telah pun berlangsung bersama sejam bersama ahli GBC bertuah dan terpilih. Sesi pengalaman cantik ini juga menjemput jurusolek selebriti terkenal, Ahma Dani dalam mencipta ilham solekan lebaran dengan menggunakan barisan produk ikonik Armani Beauty.

Ahma Dani

Antara produk ikonik Armani Beauty yang Ahma Dani gunakan ialah bedak asas Luminous Silk. Bedak asas ini memberikan cahaya yang sempurna dan kulit yang berseri untuk kecantikan semula jadi yang sesuai untuk solekan lebaran. Ia juga bebas minyak dan dirumus dengan teknologi Mikro-Fil yang menghasilkan produk berketumpatan rendah yang menggandingkan pigmen berimpak tinggi dengan tekstur tanpa berat.

See also
5 Kesilapan Ketika Memakai Krim Mata

Selain daripada itu, Ahma Dani juga menggunakan Luminous Silk Cheek Tint dari Armani Beauty. Produk ini mengandungi pigmen warna diadun menjadi emulsi air dalam minyak untuk menghasilkan hasil warna yang cerah, bercantum dengan kulit secara sempurna. Teknologi transformatif watercolor yang diilhamkan oleh formulasi gincu Armani menggabungkan warna pekat dan mudah dicampurkan.

Ahma Dani

Ahli GLAM Beauty Club tidak pulang dengan tangan kosong kerana Armani Beauty turut menyediakan cenderahati istimewa bernilai RM250 untuk setiap ahli. Sesi pengalaman cantik GLAM Beauty Club X Armani Beauty ini berjalan dengan lancar dan ahli juga berpeluang untuk menikmati keseluruhan acara dan meneroka produk kecantikan Armani Beauty secara peribadi.

 

Artikel berkaitan GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Edisi GLAM Beauty Club