Perubahan Rambut Pendek Song Hye Kyo - Glam Malaysia
Song Hye Kyo

Perubahan Rambut Pendek Song Hye Kyo

Song Hye Kyo mampu menjadikan sebarang gaya rambut sebagai miliknya. Terutamanya, rambut pendek dianggap sebagai ‘gaya rambut terbaik’ aktres popular ini.

Song Hye Kyo

Baru-baru ini, Song Hye Kyo kembali dengan gaya yang memperlihatkan keindahan rambut pendek. Rambut pendek hitam yang jatuh ringan di bawah garisan rahang menambah lagi aura polosnya. Tertarik dengan gaya yang telah ditampilkan Song Hye Kyo selama ini? Mari kita lihat transformasi rambut pendeknya.

Membawa watak sebagai PD drama Joo Joon-young dalam drama The World They Live In memberikan peluang untuk melihat sisi baharu pelakon jelita ini. Watak ini berbeza sedikit daripada watak ceria yang biasa ditampilkan. Terutamanya, rambut bob Joo Joon-young yang sesuai dengan peribadi yang sederhana dan yakin dianggap sebagai gaya ikonik.

Drama The World They Live In dan Boyfriend juga tak boleh dilupakan, di mana dirinya kembali dengan watak utama selepas 10 tahun. Dia memegang watak Cha Soo-hyun, pemilik hotel yang merupakan anak kepada ahli politik dan pernah berkahwin dan bercerai dengan anak jutawan. Gaya rambut pendek dengan poni ringan yang mencecah bawah telinga tampak matang dan manis.

See also
Dior La Mousse OFF/ON Bersih Kesan Solekan Dengan Efektif

Dalam sidang produksi Boyfriend, dia mencipta penampilan yang ceria dan comel dengan gaya separuh ikat.

Rambut pendek juga dapat dilihat dalam drama The Glory, yang menjadi titik penting dalam kerjaya lakonannya. Gaya rambut pendek yang kemas dan tenang memberikan kesan yang mendalam pada wataknya. Ia juga sesuai dengan pakaian chic yang sering ditunjukkan dalam drama itu.

Gaya rambut bob panjang dagu adalah gaya terbaik untuk menonjolkan daya tarikan matang. Penampilan aktress popular di pertunjukan fesyen Fendi membawa suasana musim luruh yang penuh emosi.

Dalam sesi penggambaran bersama Chaumet, gaya keriting menambahkan elemen elegan dengan volum yang lebih besar. Rambut coklat mudanya memberikan aura lembut dan tenang.

Rambut pendek memberikan mood yang berbeza bergantung pada posisi garisan dan potongan. Dalam penggambaran pakaian, dia menampilkan daya tarikan baharu dengan potongan berlapis kasar dan garisan sisi. Apa gaya rambut pendek Song Hye Kyo yang paling anda suka?

 

Artikel Berkaitan: Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah

See also
"Selalu Ingatkan Diri, Setiap Orang Itu Berbeza,"- Bay Doucet