Rejuvenasi & Holistik: Pengalaman Eksklusif GBC Love Wellness - Glam Malaysia

Rejuvenasi & Holistik: Pengalaman Eksklusif GBC Love Wellness

Dari Sound Bath hingga Ice Bath, GBC Love Wellness mengajak anda untuk merasai sendiri revolusi kecantikan holistik. Pengalaman ini membuktikan kecantikan juga mengimbangi jiwa dan raga.

GLAM Beauty Club ada surprise untuk semua ahli GBC samada yang baru atau lama! Perkenalkan GBC Love Wellness yang membariskan pengalaman eksklusif lebih holistik dan menjaga kesejahteraan minda dan jiwa. Revolusi baru ini melalui fasa transformatif terutama dalam aktiviti yang melibatkan Wellness. Ini bukan sekadar acara biasa, anda akan merasi sendiri pengalaman kecantikan holistik dari Sound Bath hingga ke Onsen Spa.

GBC Retreat

Objektif utama GBC Love Wellness ini adalah untuk mewujudkan transformasi holistik dari pelbagai aspek yang merangkumi aspek fizikal, mental dan spiritual, kerana di GBC kami percaya kecantikan itu haruslah dijaga dari dalaman dan luaran. GBC Love Wellness ini diadakan khas untuk meraikan anda sebagai ahli merasai pengalaman serba eksklusif, di mana setiap kolaborasi punya kesinambungan antara satu sama lain. Malah, sesi ini juga mampu menjalinkan silaturahim antara ahli GBC.

See also
Get To Know: Bella Kuan, Athina Kamarudin, Khadija Meor & Siti Hariesa, Beauty Connoisseur Pertama GLAM BEAUTY CLUB

Antara pengalaman atau aktiviti yang bakal menemui anda seperti :

1. Meditasi Bunyi

Mulakan perjalanan anda dengan meditasi bunyi yang membantu mencapai ketenangan dalaman. Aktiviti ini direka untuk membebaskan tekanan dan membuka minda kepada pengalaman baru.

2. Sound Bath – Terapi Bunyi Penyembuhan

Rasai kekuatan penyembuhan melalui gelombang bunyi yang harmonis, membantu menyelaraskan chakra dan mengembalikan keseimbangan tenaga badan.

3. Ice Bath

Beranikan diri dengan terapi sejuk yang terbukti meningkatkan metabolisme dan memberikan pancaran kulit yang sihat.

4. Hair Styling Masterclass

Kuasai seni menggulung rambut dengan sempurna melalui panduan pakar yang akan mengajar teknik-teknik eksklusif untuk mendapatkan kerinting yang menawan secara peribadi.

5. Aqua Fitness

Nikmati senaman air yang menyeronokkan sambil membakar kalori dan mengencangkan otot-otot badan.

6. Manicure & Pedicure

Dimanjakan dengan rawatan kuku premium yang akan memberikan sentuhan akhir yang sempurna kepada penampilan anda.

7. Pengalaman Onsen SPA

Rasai pengalaman spa Jepun yang autentik untuk relaksasi maksimum dan detoksifikasi kulit.

See also
Kuku Cantik Idaman Wanita

Kempen ‘Rejuvenasi & Holistik’ oleh GBC Love Wellness

Kempen ini akan berlangsung bermula 1 Ogos sehingga 18 September 2025. Berkonsepkan ‘Series’ di mana ia bakal berlangsung di enam lokasi berbeza. Sesi ini direka khas untuk memberikan pengalaman Rejuvenasi & Holistik yang lengkap tanpa mengambil masa yang terlalu panjang.

Ayuh! Ahli GBC jom sertai sesi GBC Love Wellness ini kerana anda dapat merasai pengalaman baharu lagi eksklusif kerana setiap aktiviti yang dianjurkan adalah direka khas untuk anda! Sambil menikmati atau belajar kemahiran baharu, sambil membina persahabatan baru dalam komuniti positif.

 

Artikel berkaitan GBC Lulus: 5 Lip Oil Viral Patut Dimiliki

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan