Sembang Cantik Bersama Brenda Anura Londoh
Sempena meraikan keunikan di bumi Borneo, GLAM secara eksklusif menemubual figura cantik pengasas LON & GIN, Brenda Anura Londoh.
Sembang cantik bersama Pengasas LON & GIN, Brenda Anura Londoh
1. Kongsi cerita disebalik nama “LON & GIN” dan bagaimanakah ia selari dengan asal-usul anda di Sabah?
“LON” berasal dari nama keluarga bapa saya, Londoh, dan “GIN” adalah dari nama keluarga ibu saya, Gindaka. LON & GIN bukan sekadar jenama ia lambang kepada jambatan yang menghubungkan kedua-dua belah warisan keluarga saya. Ia mencerminkan dualiti yang saya tampilkan sebagai wanita Sabah, yakni kekuatan, kelembutan, tradisi dan moden.
2. Inspirasi anda terhadap LON & GIN Beauty dan bagaimana ia mempengaruhi warisan cantik wanita Sabah?
LON & GIN lahir daripada keinginan mendalam untuk mencipta produk yang mencerminkan siapa kami! Tulen, berani, dan yakin dengan kecantikan diri sendiri. Membesar di Sabah, saya memperlihatkan di sini agak kurang eksplorasi mengenai kecantikan lokal terutama yang sesuai dengan tradisi budaya nuansa kami. Setiap produk diilhamkan adalah berdasarkan dari keunikan bumi Sabah. Seperti Pugai” yang bermaksud pesona dalam bahasa Rungus. Ramuan yang dipilih sesuai dengan dengan iklim tropika. LON & GIN Beauty bukan sekadar membuat produk kecantikan malah punya kisah penceritaan menarik.
3. Pasaran Borneo mempunyai pertimbangan iklim yang unik. Bagaimana anda merumuskan produk SPF LON & GIN untuk kesesuaian penggunaan yang tinggal di persekitaran hutan hujan tropika?
Tinggal di Sabah bermakna berhadapan dengan matahari yang terik, kelembapan, dan kerap berpeluh. Jadi saya tampilkan formula SPF tradisional yang tahan lama! Turu SPF, krim DD iaitu perlindungan matahari hibrid yang bukan sahaja menawarkan perlindungan SPF50+ PA++++ yang tinggi, tetapi juga melembapkan, menyeratakan tona kulit, dan terasa ringan pada kulit. Ia telahpun diuji secara meluas dalam kepanasan Borneo untuk memastikan ia tidak menyumbat liang pori, menjadikannya sempurna untuk penggunaan harian terutama buat kulit sensitif atau jerawat.