Sembang Cantik Bersama Pengarah Saintifik Lancôme, Dr Annie Black
Lancôme mengubah naratif penuaan dengan memperkenalkan krim pertama yang mengandungi PDRN topikal, sebanyak 100 mawar mampu mengurangkan lima tahun tanda penuaan dalam sebulan.
Lancôme menemui manifesto baharu untuk memendekkan masa agar kulit cepat muda dan sihat. Revolusi besar ini membuatkan Lancôme berjaya mengubah naratif penuaan selamanya. Absolue Longevity The Soft Cream dikuasakan oleh teknologi PDRN yang menjadi pilihan selebriti di kala melalui prosedur bioperubatan estetik.
Selepas 13 tahun penyelidikan mendalam dan lima paten eksklusif, Lancôme memperkenalkan L’Oréal Longevity Integrative Science™ yakni pendekatan komprehensif yang mengungkap punca sebenar penuaan pada tahap molekul, selular, dan tisu. Teknologi ini menggunakan Longevity AI Cloud yang memetakan 267 biomarker di bawah sembilan ciri biologi penuaan kulit.
Inspirasi di sebalik produk ini datang dari prosedur bioperubatan terkini yang menjadi kegemaran selebriti. PDRN (Polydeoxyribonucleotide) yang biasanya disuntik ke dalam dermis sebagai bio-stimulator, kini diubah menjadi formula topikal yang boleh digunakan secara peribadi hanya rutin di rumah. Absolue PDRN™ yang eksklusif dan dipatenkan dicipta melalui pengekstrakan DNA pertama dari mawar yang memerlukan 100 mawar untuk menghasilkan 1 gram Absolue PDRN™. Ia simbol keagungan Lancôme dan bahan ikonik yang telah dikuasai oleh penyelidikan dan inovasi jenama ini.
Menurut kajian klinikal yang melibatkan 49 wanita, ia berjaya menunjukkan hasil yang mengagumkan dalam masa lapan minggu. Antaranya, wajah kontur luar dan dalam sebanyak 36 peratus dan 26 peratus, kesan antioksidan semakin meningkat sebanyak 73 peratus. Formula ini berfungsi dengan meningkatkan tenaga dalam sel kulit yang menurun secara mendadak seiring dengan usia. Dengan mengembalikan tenaga kepada sel-sel kulit, metabolisme sel menjadi lebih baik dan sel-sel lebih tahan terhadap degradasi dari masa ke masa.
Lancôme turut memperkenalkan Cell BioPrint, peranti kecantikan dan teknologi terkini L’Oréal Group yang menawarkan analisis kulit yang diperibadikan dalam masa lima minit sahaja. Menggunakan proteomik canggih dan teknologi mikrofluidik, peranti lab-on-chip yang mudah alih ini dapat menentukan usia biologi kulit, meramalkan responsif bahan, dan meramalkan isu berpotensi seperti tompok gelap atau liang roma yang membesar.
Artikel berkaitan Lancôme Absolue Soft Cream
Reka Bentuk Mewah yang Mesra Alam
Balang emas mewah rosé yang boleh diisi semula ini menampilkan reka bentuk yang lebih feminin dan futuristik. Sebagai pelopor pembungkusan boleh diisi semula pada tahun 2018, rangkaian Absolue terus melangkah ke arah masa depan yang lebih mampan dengan mengurangkan 67 peratus penggunaan kaca berbanding keluaran krim mewah Lancôme sebelumnya.
Absolue Longevity The Soft Cream kini tersedia di semua butik/kaunter Lancôme dan di Lancome.com.my dengan harga RM800 (30ml), RM1260 (60ml-Refill), dan RM1600 (60ml). Inilah masa depan kulit yang awet muda – di mana usia hanyalah angka, dan kecantikan tidak mengenal batas.
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”