Tidakkah anda gemar akan diri diraikan bab dewi kayangan. Paco Rabanne memperkenalkan wangian terbaru menerusi Olympea Blossom. Ilham penuh dengan kelembutan nan feminin kala terlayang aromanya di udara. Seperti gelombang bunga bertebaran, wangian Olympea Blossom cetus aroma pertama menerusi nota bunga mawar segar dan blackcurrant sorbet cetus kesegaran. Kontrasnya cetus mood flirtatious antara aroma vanilla dan cashmere wood. Kelalang Olympea Blossom ini terinspirasi daripada bunga hitam oleh Paco Rabanne untuk pentas fesyen 2021.
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”