Serum Wajah Anti Oksida Pilihan Wanita Sibuk
Hanya dengan satu semburan, seribu faedah! CHANEL meraikan kuasa bunga Camellia merah dalam botol kompak, mudah dibawa dan bersifat anti-penuaan.
Kulit menua tidak tunggu masa anda! Lindung dan cegah walau sesaat. Dalam dunia kecantikan yang tidak kenal erti henti, CHANEL sekali lagi membuktikan keunggulannya dengan memperkenalkan koleksi terkini N°1 DE CHANEL Serum-in-Mist, ciptaan inovasi yang menggabungkan kepakaran saintifik dengan kemudahan penggunaan yang tiada tandingan. Produk ini hadir dalam bentuk botol merah kompak yang boleh di bawa ke mana-mana dengan bersahaja.
Mist wajah ini yang dikuasakan dengan bunga Camellia Merah menunjukkan keberkesanan serum ini yang telah dikaji oleh makmal CHANEL selama 19 tahun. Bunga ini mampu hidup selama 200 tahun ini menyerlahkan daya ketahanan kulit dari menua sangat menakjubkan. Ekstrak Camellia Merah kaya dengan asid protocatechuic berfungsi meningkatkan mekanisme vitality kulit dan melindungi daripada tekanan oksidatif, mengukuhkan kapasiti ketahanan kulit sehingga 141 peratus.
Formulasi dwi-fasa yang ringan ini mengandungi tunas daun camellia yang memberikan kesan menenangkan secara serta-merta. Setiap semburan menyampaikan faedah serum yang pekat dalam tekstur yang hampir tidak terasa pada kulit, menjadikannya perisai antioksidan yang sempurna untuk melawan tanda-tanda penuaan.
Klik pautan berkaitan Pengalaman Wangian Bersama GLAM Beauty Club X CHANEL Parfumeur
Reka Bentuk Praktikal Dan Moden
Botol berbentuk gelembung seperti belon ini ini bukan sekadar menarik perhatian, tetapi juga penarik untuk kulit wajah kekal berseri dan bertenaga muda. Saiz yang kompak membolehkan produk ini menemani anda di mana-mana. Bentuknya mudah untuk goncang, sembur, dan boleh ulangi mengikut kesesuian diri. Formula yang menyegarkan dan merevitalisasi ini boleh digunakan pada bila-bila masa sepanjang hari untuk memulihkan keremajaan kulit dan meningkatkan penampilan solekan secara serta-merta.
Untuk hasil yang optimum, gunakan N°1 DE CHANEL Serum-in-Mist pada penghujung rutin penjagaan kulit anda, sama ada sebelum atau selepas menggunakan solekan. Goncangkan semburan untuk mencampurkan formula dwi-fasa, tutup mata dan aplikasikan pada wajah dengan menyembur dua kali secara mendatar dan dua kali secara menegak. Ulangi seperlunya sepanjang hari.
Dengan N°1 DE CHANEL Serum-in-Mist, penjagaan kulit premium kini boleh mengikuti gaya hidup aktif anda tanpa mengira masa dan tempat. Ini bukan sekadar produk kecantikan, tetapi kapsul masa yang sensual dan sensorial yang memastikan kulit anda kekal berseri sepanjang hari.
Artikel berkaitan Terapi Cantik Secara Holistik Bersama N°1 DE CHANEL
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”