Sesi Pengalaman Sensori GLAM Beauty Club X Aesop
GLAM Beauty Club X Aesop ingin menjemput anda ke ruang seni Bathing The Senses yang membawakan pengalaman sensori ritual mandian kontemporari.
GLAM Beauty Club berkolaborasi bersama jenama kecantikan eksklusif Aesop yang terkenal dengan barisan produk penjagaan diri dan haruman yang berasaskan intipati semula jadi dan berkonsepkan ritual kecantikan kontemporari.
Bathing The Senses adalah ruang pameran sementara yang memperkenalkan barisan produk terkini dan ikonik Aesop yang kaya dengan aroma herba. Instalasi sementara ini juga menampilkan empat sinki yang direka bentuk seperti arca yang akan dipamerkan di tengah aras bawah, Mid Valley Megamall Kuala Lumpur. Rebut peluang ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Aesop dan Bathing The Senses.
Sertai sesi pengalaman sensori GLAM Beauty Club X Aesop sekarang dengan mengisi borang di bawah ini:
Tarikh : Julai 30, 2025 (Rabu)
Masa : Sesi 1 : 1 PM- 2PM
Sesi 2 : 3 PM- 4 PM
Sesi 3 : 5 PM- 6 PM
Lokasi: Aesop Signature Store, G-008, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
*Pengalaman eksklusif ini hanya terhad untuk 30 ahli GLAM Beauty Club bertuah sahaja. Jangan lepaskan peluang ini kerana ada hadiah istimewa menanti anda.
TERMA & SYARAT
- Sertai GLAM Beauty Club and lengkapkan butiran anda.
- Hanya ahli GLAM Beauty Club bertuah yang terpilih akan dihubungi dan pengesahan penyertaan perlu dibuat dalam waktu 24 jam.
- Penyertaan ini terbuka kepada ahli GLAM Beauty Club, wanita warga Malaysia yang berumur antara 18-44 tahun sahaja.
- Pihak GLAM dan penaja berhak untuk menerbit dan memaparkan nama dan gambar peserta untuk tujuan promosi dan publisiti.
Artikel berkaitan GBC Lulus: 5 Lip Oil Viral Patut Dimiliki
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”