5 Item Fesyen Untuk Digayakan Musim Panas Pilihan GLAM - Glam Malaysia

5 Item Fesyen Untuk Digayakan Musim Panas Pilihan GLAM

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Raikan musim percutian kali ini dengan penuh gaya dengan himpunan item fesyen menarik yang boleh diterokai. GLAM kongsi lima item mesti miliki bersempena musim panas kali ini!

 Musim panas kembali dengan sinaran yang mengilhamkan gaya bebas dan penuh warna. Ini adalah waktu terbaik untuk bereksperimen dengan siluet ringan, rona cerah, dan aksesori yang mencuri perhatian. Dari helaian yang bernafas hingga elemen perincian yang berani, lima item ini bukan sekadar pelengkap gaya tetapi menjadi pernyataan musim yang melambangkan keceriaan, keselesaan dan keyakinan. Sama ada bersantai di pantai tropika, menjelajahi kota atau sekadar menikmati kopi petang, biarkan pilihan fesyen musim panas anda mencerminkan semangat yang hangat dan bergaya secara effortlessly. 

GLAM Fesyen Kongsi Best Hot Items Untuk Diterokai Musim Panas 2025

1. Gucci Giglio

Tampil bergaya musim panas ini bersama tas tangan Gucci Giglio yang muncul sebagai item mesti miliki buat penggemar fesyen yang menghargai gabungan warisan dan gaya kontemporari. Dilancarkan ketika pertunjukan Gucci Cruise 2026 di Florence, tas tangan ini terinspirasi daripada simbol bunga lili yang menjadi lambang kota sejak zaman pertengahan. Didatangkan dalam bentuk material kanvas GG mahupun denim, ia boleh dimiliki mengkut cita rasa tersendiri. Gucci Giglio juga menawarkan kemasan Web yang lengkap dengan kantung boleh ditanggal, nyata praktikal. Ia menggabungkan kod arkib, teknik warisan dan keanggunan moden, lantas menjadikan tas tangan ini satu pernyataan gaya yang mempesona dan tampak mahal sepanjang musim panas.

See also
Gucci Menggunakan 'Meme" Untuk Menarik Golongan Milenial