7 Gaya Fesyen Sabrina Sabronzo Pilihan GLAM
Sabronzo, atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, merupakan nama yang tidak asing dalam industri hiburan Malaysia. Beliau bukan sahaja dikenali sebagai ahli kumpulan Dolla, tetapi juga sebagai ikon fesyen yang sentiasa tampil berani dan penuh karakter. Dari gaya streetwear yang edgy hingga ke elegan moden, setiap penampilannya mencerminkan personaliti yang kuat dan tidak gentar bereksperimentasi dengan fesyen.
Bukan sekadar seorang penyanyi berbakat, Sabronzo turut mempunyai sensitiviti tinggi terhadap dunia fesyen. Setiap helaian yang digayakannya bukan sekadar pakaian, tetapi satu bentuk ekspresi yang melambangkan kebebasan, keberanian, dan keyakinan diri. Keunikan gayanya terletak pada kebolehannya dalam menggabungkan elemen urban, minimalis, dan statement fashion, menghasilkan estetika yang segar dan unapologetically bold.
Gaya Sabronzo sering mencerminkan sikapnya yang bebas, yakin, dan autentik. Melalui setiap penampilan, Sabronzo memberi definisi baharu kepada fesyen yang tidak terbatas pada norma konvensional. Pemilihan warna, potongan, dan aksesori yang tepat membuktikan bahawa gaya fesyen bukan sekadar tentang pakaian, tetapi juga ekspresi diri yang kuat dan tersendiri. Beliau tidak terikat dengan satu aliran fesyen tertentu, sebaliknya gemar bereksperimen dengan fesyenya. Setiap penampilan beliau membawa aura eksklusif yang tersendiri. Keupayaannya untuk mengadaptasi gaya mengikut mood dan suasana menjadikan dirinya sentiasa relevan dalam dunia fesyen yang pantas berubah.
Berikut adalah 7 gaya fesyen Sabronzo yang menjadi pilihan GLAM, menampilkan kombinasi keberanian dan keanggunan yang menjadikan dirinya antara ikon fesyen paling dinantikan:
#1 Stage Queen
Busana serba hitam dengan perincian kristal ini memancarkan aura glamor yang luar biasa. Potongan korset berperincian perak memberikan struktur yang tegas dan sofistikated, melengkapkan imej bintang yang berkarisma. Ditambah dengan kilauan aksesori, gaya ini memastikan setiap gerakannya di pentas penuh pesona dan daya tarikan.