Adikarya Terindah Buat Koleksi Adibusana SS25 - Glam Malaysia

Adikarya Terindah Buat Koleksi Adibusana SS25

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Musim Minggu Adibusana musim bunga musim panas 2025/26 memperlihatkan enam jenama terkemuka, menampilkan koleksi mewah yang menekankan kreativiti, warisan dan ketukangan tinggi lantas dipersembahkan di pentas fesyen utama Paris.

Haute couture merupakan epitomi yang eksklusif dan cukup mewah. tercipta di kota fesyen, paris, istilah ini melambangkan keagungan rekaan yang mengangkat seni kreatif fesyen sebagai karya agung yang memadukan esen mahal, warisan dan ketukangan halus, daripada sentuhan artisan mahir oleh barisan pereka fesyen terkemuka. glam lampirkan jenama ikonik yang mempersembahkan koleksi adibusana musim bunga/musim panas 2025.

Himpunan Koleksi Adibusana Musim Bunga/Musim Panas 2025/26

1. Chanel

Di bawah ruang lengkungan kaca yang megah dan pentas berbentuk ‘C’ saling bertaut yang diilhamkan idea pergerakan tanpa had, Chanel menguasai pentas ikonik Grand Palais bagi koleksi Musim Bunga/Musim Panas Haute Couture 2025. Menandakan ulang tahunnya ke-110, sebagai medan peragaan penuh eksklusif yang nyata seiring dengan keabadian elegan label mewah ini. Barisan model melangkah dalam pola berirama, membingkai kisah fesyen yang terus berdenyut sejak era Gabrielle Chanel. Koleksi dari Chanel Studio kali ini memanifestasi kitaran siang dan malam melalui mainan transisi rona. Daripada hitam berkilauan ke pastel lembut dan tona cerah, koleksi ini menghimpunkan sepenuhnya palet Chanel yang sofistikated. Menjulang fabrik bermaterial tweed yang pastinya menjadi rutin wajib, renda lukisan, sifon bersulam serta siluet ilusi trompe-l’oeil turut diperlihatkan. Fabrik jarang yang berkilau, antara material yang juga dipergunakan ke dalam koleksi termasuk cape langit biru dan gaun sutera dengan butiran kemilau yang nyata menghidupkan pesona magis, romantik lagi anggun. Chanel Studio ternyata berjaya menutup tirai koleksi sebagai keanggunan haute couture sejati, sebelum Matthieu Blazy yang bakal mempersembahkan koleksi sulungnya pada bulan Oktober akan datang.

See also
Trend Aksesori Di Pentas Couture Musim Luruh 2015

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.