Adikarya Terindah Buat Koleksi Adibusana SS25 - Page 2 of 6 - Glam Malaysia

Adikarya Terindah Buat Koleksi Adibusana SS25

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Armani Privé

Walau sudah mencapai usia 90 tahun, Giorgio Armani masih kekal menjadi salah seorang tokoh yang paling berpengaruh dan arif dalam fesyen. Pereka dari Itali ini terus mengukir magis dalam dunia haute couture menerusi Armani Privé. Ruangan ini menjadi eksperimentasi mewah yang mengangkat estetika minimalisme Itali ke pentas agung Paris dengan penuh wibawa dan kehalusan. Inspirasi utama buat koleksi Armani Privé Haute Couture Musim Bunga/Panas kali ini ialah ‘cahaya’, metafora yang melambangkan perjalanan kreatifnya yang terus kekal bebas daripada cengkaman trend seperti yang kita lihat pada fesyen semasa. Pentas di Palazzo Armani bersinar dalam hiasan kristal dan batu permata, membaluti setiap helaian dengan aura elegan dan tampil eksklusif. Rekaan ikonik Armani dipraktikkan seperti jaket blazer yang kini hadir dengan sapuan rona halus, dipadankan pula dengan ceraian seluar yang tampak glamor. Kot berinspirasikan kimono, deretan gaun mahupun butiran sulaman bunga, mendominasi lantas membawakan harmoni penuh antara kelembutan dan ketelitian. Sentuhan warna dimulakan dari rona sedikit cerah kemudian ke rona gelap dan kembali ke pastel, memberi kesan seolah senja yang beransur menjadi fajar baharu. Setiap busana menyerlahkan kemewahan yang nyata sesuai dipadukan seperti di majlis-majlis besar. Dari gaun berkilau dengan perincian batu pelangi sehingga ke gaun berkilauan emas, koleksi ini dapat diungkap sebagai koleksi yang beautifully made. Ia bukan sahaja menjadi satu penghormatan buat Armani, tetapi juga satu bukti kehebatannya sebagai pereka fesyen wanita yang terus bersinar.

See also
Gaya Eksentrik Lupita Nyong'O

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.