Aksesori Gajet Fendi x Chaos Buat Wanita Cool - Glam Malaysia

Aksesori Gajet Fendi x Chaos Buat Wanita Cool

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kita selalu hidup dengan gajet! Tangan tanpa rehat membelek komputer riba, melihat posting terbaru di iPhone serta bersenam dengan mendengar lagu melalui AirPods. Pilihan sekarang adalah gajet Fendi! Kini tiba masa untuk menaik tarafkan gajet dengan bekas fesyen mewah ilham Fendi. Ini adalah satu kolaborasi antara Fendi bersama Chaos yang berasal daripada UK. Jenama oleh Charlotte Stockdale dan Katie Lyall ini bukanlah pertama kali menjalinkan usahasama dengan Fendi, kerana sebelum ini sudah pernah menghasilkan koleksi bersama mendiang Karl Lagerfeld buat Fendi.

Fendi x Chaos
Fendi x Chaos

Himpunan Fendi X Choas yang dipertonton pada Minggu Fesyen Milan awal tahun ini memilih gaya Hollywood lama sebagai idea utama mereka. Bekas yang direka cukup klasik disimbah dengan palet emas dan hitam diberi rekaan cukup kotemporari. Bekas metal ini dimadu bersama kemasan kulit selari dengan DNA rumah fesyen Fendi. Mencipta gaya utilitarian dengan sentuhan elegan, bekas-bekas ini boleh digadingkan pada beg atau tali pinggang Fendi. Ideanya adalah untuk menggabungkan gaya elegan Fendi dengan rentak moden sekarang yang dikuasai oleh gajet berteknologi tinggi.

See also
Fresh Faces: Wajah Tidak Konvensional Kuasai Pentas New York